Harian Metro

KLFA gugur seorang pemain import

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan The City Boy terpaksa mengorbank­an sekurang-kurangnya seorang pemain import selepas ada antaranya tidak mempunyai keserasian di atas padang, sekali gus mengganggu rentak permainan skuad kendalian Chong Yee Fatt.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata, masalah tiada keserasian itu timbul apabila ada antara pemain import yang menganggap dirinya senior, sekali gus tidak mahu bekerjasam­a ketika berada di atas padang.

Katanya, masalah terbabit antara perkara yang membelengg­u pasukan Kuala Lumpur sekali gus mengganggu rentak perlawanan dan akhirnya sukar untuk menjaringk­an gol pada setiap perlawanan.

“Guilherme De Paula kurang menghantar bola kepada Paulo Josue dan boleh lihat situasi terbabit ketika berada di atas padang.

“Mungkin De Paula menganggap dirinya senior dalam pasukan dan kurang mahu bermain dengan pemain import lain sekali gus memberi masalah kepada skuad The City Boy,” katanya.

Selain itu, Nokman berkata, Kuala Lumpur akan mencari mencari pemain import di bahagian pertahanan selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan rayuan membenarka­n pasukan terbabit membuat pembelian pemain pada jendela perpindaha­n kedua.

“Kita boleh lihat bahagian pertahanan begitu longgar

(gambar)

dan mudah ditembusi oleh penyerang lawan, sekali gus sukar mengekalka­n kedudukan walaupun mendahului perlawanan.

“Selain itu, kita juga akan menyingkir­kan beberapa pemain import yang dilihat kurang menyerlah atau tidak memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia