Harian Metro

Azam Lang Merah

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

 Mahu bangkit kutip mata selepas gagal dua perlawanan lalu

Selepas gagal mengutip mata penuh dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini, Kedah berazam mengubah nasib apabila berdepan Kuala Lumpur dalam aksi di Stadium Darul Aman, hari ini.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata, skuadnya juga sukar melupakan kekalahan 1-2 kepada Kuala Lumpur di gelanggang lawan pada pusingan pertama liga 6 April lalu.

Justeru, beliau mahu skuadnya kembali bangkit mengutip tiga mata di laman sendiri bagi mengukuhka­n kedudukan liga.

“Sejujurnya saya tidak lena

tidur apabila skuad Kedah tewas kepada Kuala Lumpur kerana pada perlawanan berkenaan saya melihat Kedah tidak patut kalah.”

“Ini peluang terbaik Kedah memburu kemenangan selepas kerugian mata dan usaha di samping kerja keras oleh semua pemain termasuk kelebihan beraksi di laman sendiri tidak akan disia-siakan.

“Momentum kemenangan yang diperoleh Kedah selepas menewaskan PKNS FC 3-1 dalam saingan Piala FA turut dijangka memberi suntikan motivasi untuk semua pemain berhadapan Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Aidil berkata, anak buahnya perlu mengekalka­n tahap kecergasan terbaik bagi mengelak isu keletihan dan kecederaan selepas aksi menentang PKNS di Shah Alam Selasa lalu.

“Tidak cukup rehat bukan alasan buat pemain untuk kekal fokus menjelang perlawanan ini.

“Saya juga berharap beberapa pemain seperti Renan Alves, Thanabalan, Rizal Ghazali dan Farhan Roslan yang masih berada dalam senarai kecederaan dapat kembali cergas untuk perlawanan ini,” katanya.

Kedah kempunan mengutip mata penuh dalam dua perlawanan terakhir Liga Super apabila tewas 0-1 kepada Melaka United dan seri 1-1 dengan Selangor masing-masing pada 21 April di Stadium Hang Jebat dan 26 April lalu di Stadium Darul Aman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia