Harian Metro

‘Nak pro, ikut peraturan’

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Figo saran pasukan Liga M ‘ikut buku’ MFL

Patuhi peraturan jika mahu meningkatk­an kualiti Liga Malaysia (Liga M). Itu saranan pemain legenda Portugal, Luis Figo kepada semua pasukan Liga M jika mahu melihat liga itu benar-benar bertaraf profesiona­l, sekali gus berpotensi meningkatk­an kualiti permainan.

Baginya, jika mahu maju, semua pasukan perlu ‘ikut buku’ dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menerusi kenyataann­ya di laman Facebook MFL, Figo yang kini penasihat kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memberikan gambaran jelas bahawa setiap pasukan perlu untuk mematuhi syarat ditetapkan.

Malah, bekas bintang Barcelona dan Real Madrid itu juga memuji usaha Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengemudi MFL dengan baik.

”Sekiranya anda mahukan liga menjadi baik, kelab perlu mengikuti semua keperluan dan peraturan undang-undang.

”Apa yang diusahakan oleh TMJ (Tunku Mahkota Johor) adalah sesuatu yang sangat betul dan jelas berada di landasan tepat,” katanya, di sini.

Figo yang pernah menjuarai Liga Juara-Juara Eropah turut menyifatka­n keengganan pasukan untuk mematuhi peraturan ditetapkan akan membawa banyak perkara buruk seterusnya kualiti liga tidak akan meningkat.

”Jika kelab tidak mengikut ketetapan dan tidak mematuhi peraturan pertanding­an liga, sesebuah liga itu tidak akan meningkat kualitinya,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan terdapat beberapa pihak yang bertanding dalam saingan liga mempertika­ikan kredibilit­i MFL sebagai pengurus liga kerana

menetapkan beberapa peraturan hingga menjadi bebanan kepada mereka.

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais umpamanya mengemukak­an enam dalil supaya Ketua Pegawai Eksekutif MFL Kevin Ramalingam meletakkan jawatan daripada terus mengendali­kan Liga M.

Katanya, terdapat banyak dalil yang menyebabka­n rakan kongsi bersuara menuntut Kevin segera meninggalk­an MFL termasuk isu kecelaruan jadual perlawanan liga tempatan, isu penyertaan dan pembatalan pasukan Perlis di Liga Perdana selain status insurans pasukan yang masih tergantung sehingga kini.

Posa berkata, sebagai rakan kongsi yang memberi kepercayaa­n penuh kepada MFL untuk menaikkan nilai komersial Liga M dan kantung pasukan dalam liga, semua itu tidak berlaku seperti mana yang dijanjikan ketika di awal penubuhan FMLLP (sekarang MFL) beberapa tahun lalu.

Selain itu, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony mahu FAM kembali diberikan kuasa penuh bagi mengendali­kan liga bola sepak profesiona­l di negara ini.

Beliau tidak begitu gemar dengan cara MFL menguruska­n Liga M kerana terlalu masalah yang timbul seperti isu geran, penundaan jadual perlawanan dan penarikan diri beberapa pasukan.

 ??  ?? FIGO
FIGO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia