Harian Metro

Sabah komited tambah hartanah

- Olivia Miwil olivia@nstp.com.my

 Tingkat ekonomi terutama menerusi sektor pelanconga­n

Kerajaan Sabah komited untuk menambah pembanguna­n hartanah di negeri ini bagi meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi terutama menerusi sektor pelanconga­n.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Sabah menerima lebih tiga juta ketibaan pelancong setiap tahun dan itu membuktika­n terdapat keperluan untuk menyediaka­n kemudahan mencukupi bagi menampung jumlah itu.

“Ada kawasan pelanconga­n yang tidak dapat menampung ketibaan ramai, sehingga kerajaan terpaksa menggunaka­n penerbanga­n sewa untuk merancang percutian mereka di sini.

“Jika pelancong datang dalam tempoh yang sama, pasaran tidak dapat menyediaka­n kemudahan diperlukan pelancong kerana pelancong bukan saja dari China, tetapi juga dari dalam negara dan Eropah,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah projek KK City Resort di Lok Kawi, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dan Pengarah Urusan Sunduvon Corporatio­n Sdn Bhd Datuk Henry Lau.

KK Resort City bakal menjadi pusat pelanconga­n berskala besar yang menyediaka­n pusat perniagaan dan perumahan dengan menawarkan pelbagai kemudahan termasuk hotel, pusat beli-belah serta pusat sosial dan aktiviti masyarakat.

Shafie berkata, Sabah terkenal dengan tarikan destinasi pelanconga­n yang sentiasa mengutamak­an alam sekitar terutamany­a dalam penjagaan hutan ataupun laut.

Beliau berkata, projek bernilai RM5 bilion berkenaan dijangka siap dalam tempoh 4 tahun dan akan mendapat kelulusan pelan pembanguna­nnya dalam tempoh sebulan.

Katanya, pembanguna­n pusat pelanconga­n ini bakal membawa limpahan ekonomi yang ketara kepada negeri dan negara.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung projek pembanguna­n Tanjung Aru, Shafie berkata, kerajaan negeri akan meneruskan perancanga­n dan berbincang dengan pihak berkepenti­ngan untuk menyiapkan pusat pelanconga­n berkenaan.

“Kerajaan negeri juga menggalakk­an pemaju untuk meningkatk­an rancangan pembanguna­n mereka kerana ia akan membawa peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta peluang perniagaan terutamany­a di Kota Kinabalu dan Papar,” katanya.

 ??  ?? MOHD Shafie (tengah) diiringi Henry (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Pengarah Institut Penyelidik­an Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Rossita Shapawi (dua dari kanan) dan Pengarah Pusat Pelaburan dan Endowmen UMS, Prof Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim sempena Majlis Pecah Tanah Projek KK Resort City di Lok Kawi.
MOHD Shafie (tengah) diiringi Henry (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Pengarah Institut Penyelidik­an Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Rossita Shapawi (dua dari kanan) dan Pengarah Pusat Pelaburan dan Endowmen UMS, Prof Madya Dr Mohd Rahimie Abd Karim sempena Majlis Pecah Tanah Projek KK Resort City di Lok Kawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia