Harian Metro

10 TAHUN TAK TURUN FLAT

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Lelaki OKU obesiti demam teruk dibawa turun tingkat tiga guna tali, pengusung

“Anak saya sudah 10 tahun tidak turun dari flat ini akibat masalah kesihatan yang dialami selain mengidap obesiti yang melampau.”

Begitu kata seorang ibu berusia 56 tahun apabila anak

lelakinya dibawa turun dari tingkat tiga menggunaka­n tali dan pengusung oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di sebuah flat di Cheras di sini, kelmarin.

Menurut wanita itu, anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia 34 tahun mengalami demam yang teruk, kelmarin dan terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n.

“Saya buntu memikirkan bagaimana mahu membawanya turun dengan berat badan 130 kilogram (kg) sebelum seseorang memberitah­u perlu meminta pertolonga­n APM.

“Sejak dari kecil dia memang mengalami masalah kesihatan dan dilahirkan kurang sempurna,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, dia berterima kasih kepada APM kerana membantu membawa turun anaknya untuk tujuan pemeriksaa­n di hospital.

“Hari ini (semalam) keadaannya semakin baik dan sudah dibawa pulang dan naik ke rumah dengan bantuan pasukan perubatan,” katanya.

Sementara itu, anggota APM terpaksa menggunaka­n tali dan pengusung bagi menurunkan pesakit lelaki yang memiliki berat mencecah 130kg itu.

Jurucakap APM Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8 malam kelmarin untuk bantuan khidmat khas mengangkat lelaki berkenaan yang mengalami demam.

“Sebaik kami tiba di lokasi, kami mendapati seorang lelaki OKU menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan rawatan segera di hospital.

“Kami terpaksa menggunaka­n pengusung dan menurun lelaki berkenaan menggunaka­n tali sebelum dia dihantar ke hospital,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM membawa turun pesakit menggunaka­n pengusung dan tali di sebuah flat di Cheras, semalam.
ANGGOTA APM membawa turun pesakit menggunaka­n pengusung dan tali di sebuah flat di Cheras, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia