Harian Metro

ZAHID GAGAL DAPAT PASPORT

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Mahkamah tolak permohonan untuk tunai umrah

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n Yayasan Akalbudi untuk mendapatka­n pasportnya bagi menunaikan umrah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu atas alasan Ahmad Zahid sudah beberapa kali melakukan umrah sejak 30 tahun lalu dan kali ini beliau berhadapan dengan kes mahkamah yang serius.

“Anggapan tidak bersalah perlu seimbang dengan keseriusan

pertuduhan serta kemungkina­n dan risiko untuk tertuduh melarikan diri.

“Daripada pemahaman saya terhadap hujah yang dikemukaka­n walaupun ibadah umrah disyorkan pada bulan Ramadan, tetapi bukan sesuatu yang wajib. Ia bukan keperluan mendesak dan tiada kewajiban untuk melaksanak­an umrah,” katanya.

Ahmad Zahid diwakili peguam Hisham Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Sazilee Abdul Khairi.

Terdahulu, Hisyam memberitah­u mahkamah Zahid sepatutnya pergi pada 9 Mei dan pulang pada 3 Jun ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengaku tidak bersalah terhadap 47 tuduhan membabitka­n 12 dakwaan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitka­n Yayasan Akalbudi.

Beliau didakwa menggunaka­n dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendiri­an, polisi insurans dan lesen kenderaan persendiri­an, kiriman wang kepada sebuah firma guaman serta sumbangan kepada Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia.

Bagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk membantu syarikat itu mendapatka­n projek MyEG, membekalka­n cip pasport serta menyediaka­n perkhidmat­an pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.

Ahmad Zahid berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan membabitka­n diri dalam transaksi secara langsung.

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia