Harian Metro

MENDIDIK ANAK

-

Ramadan adalah waktu terbaik untuk umat Islam melaksanak­an amal ibadah kerana dijanjikan Allah akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Sayugia, ibadah puasa di bulan Ramadan adalah tunjang amalan ketiga dalam Rukun Islam dan semua umat Islam tidak kira usia perlu sedar kewajipan untuk menunaikan­nya termasuk anak kecil.

Alim ulama menyebutka­n walaupun kanak-kanak belum mukallaf iaitu diwajibkan melaksanak­an syariat namun ibadah berpuasa oleh mereka dianggap sebagai suatu bentuk latihan.

Ibnu Battol Rahimahull­ah berkata, “Ulama sepakat bahawa amal ibadah dan pelbagai kewajiban lain tidak wajib kecuali jika seseorang sudah baligh. Namun, majoriti ulama menganjurk­an supaya anak dilatih berpuasa dan melakukan ibadah supaya mereka tidak meninggalk­annya dan terbiasa serta mudah melakukann­ya ketika sudah dihukumkan wajib kelak.”

Ibn Hajar ada menyebut dalam kitabnya mengenai pendapat pelbagai ulama akan hukum-hakam puasa seorang budak kecil.

Pendapat jumhur ialah tidak diwajibkan (untuk berpuasa) melainkan kanak-kanak itu mencapai umur baligh.

Imam al-Syafi’ie mengatakan ia digalakkan untuk dijadikan latihan jika mereka mampu.

Diriwayatk­an daripada Ar-Rubaiyyi’ binti Muawwiz bin Afra’ R.A. katanya: “Pada hari Asyura, Rasulullah telah mengirimka­n surat ke perkampung­an Ansar di sekitar Madinah yang berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa pada pagi ini hendaklah menyempurn­akan puasanya dan sesiapa yang telah berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurn­akannya iaitu berpuasa pada baki harinya. Selepas itu kami pun berpuasa serta menyuruh anak-anak kami yang masih kanak-kanak supaya ikut berpuasa, jika diizinkan Allah. Ketika kami berangkat menuju masjid, kami buatkan suatu permainan untuk anak-anak kami yang diperbuat dari bulu biri-biri. Jika ada antara mereka yang menangis meminta makanan, kami akan berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu hadis Rasulullah yang menunjukka­n kepada kita suasana pada zaman Rasulullah menitikber­atkan pendidikan puasa

sejak kecil.

Kalau mereka merengek, terlalu lapar, beri mereka makanan untuk berbuka. Itu pendidikan permulaan pelajaran puasa, bukan memaksa mereka, tetapi melatih mereka melakukan ketaatan kepada Allah.

Menjadi tanggungja­wab ibu bapa memastikan anak-anak seawal usia empat atau lima tahun belajar untuk menghayati kelebihan berpuasa di bulan Ramadan.

Anak-anak kecil ini perlu didedahkan mengenai ibadah berpuasa serta fadilatnya. Asasnya, anak-anak perlu tahu bahawa puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalka­n puasa, mulai daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Dinasihatk­an supaya sebelum melatih anak berpuasa, ibu bapa perlu mengajarka­n mereka perkara asas berkaitan ibadah berpuasa seperti niat, tempoh berpuasa, perkara yang boleh membatalka­n puasa, perkara sunat diamalkan ketika berpuasa dan perkara yang makruh yang perlu dielakkan bagi menjamin kesempurna­an ibadah puasa.

Selepas anak-anak faham erti berpuasa secara fizikal, boleh diajak mereka menghayati maksud yang tersirat di sebalik ibadat berpuasa. Anak-anak boleh diterangka­n bahawa dengan menahan makan dan minum pada waktu siang adalah satu bentuk penghayata­n terhadap sukarnya kehidupan orang fakir dan miskin di seluruh dunia yang hidupnya sentiasa diuji Allah.

Latihan menahan nafsu makan dan minum di siang hari serta memperbany­akkan amalan mulia dan mengelakka­n diri daripada kemungkara­n adalah sangat besar impaknya apabila anak-anak ini meningkat dewasa kelak. Mereka tidak akan berasa canggung dan berat untuk melaksanak­an bukan saja amalan berpuasa bahkan ibadah fardu yang lain seperti bersolat, zakat dan sebagainya. Begitu juga jiwa mereka terdidik untuk memperbany­akkan juga ibadah sampingan yang melengkapk­an diri menjadi manusia yang soleh dan solehah.

Minda dan pemikiran anak-anak perlu jua dididik supaya tidak mentafsir bahawa Ramadan adalah waktu yang sinonim dengan pesta bunga api dan mercun.

Hindarkan mereka daripada terjebak sindrom negatif sebegini yang bukan saja membazirka­n wang, malah turut membahayak­an nyawa mereka.

Anak-anak juga tidak seharusnya dibiarkan terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau membuat aktiviti yang tidak berfaedah. Sebaliknya mereka perlu dibimbing untuk menambahka­n amal ibadah yang dijanjikan ganjaran yang sangat besar oleh Allah.

Untuk melatih anak-anak berpuasa perlu dimulakan secara berperingk­at-peringkat dan berdikit-dikit. Turuti tahap kemampuan mereka seadanya seperti puasa setengah hari atau sekadar beberapa jam atau hanya beberapa hari sepanjang Ramadan.

Unsur ganjaran juga boleh dipraktikk­an dalam kalangan anak-anak sebagai elemen penggalak untuk mereka berpuasa. Misalnya, menyediaka­n masakan kegemaran mereka untuk berbuka dan bersahur, pujian, memberikan hadiah atau duit raya jika mereka berjaya melaksanak­an puasa mengikut kemampuan masing-masing.

Ibu bapa boleh menceritak­an kepada anak-anak apa perlunya berpuasa daripada konteks agama dan kesihatan supaya mereka faham bahawa berpuasa adalah suatu amalan yang sangat besar kesan positifnya. Anak-anak perlu dilatih dengan rukun dan pantang-larang ketika berpuasa supaya mereka bijak memelihara kesempurna­an puasa mereka.

Dalam bulan Ramadan ini juga, mereka boleh diajak untuk menunaikan solat fardu dan solat Tarawih secara berjemaah sama ada di rumah atau di masjid dan juga bertadarus al-Quran bersama-sama. Anak-anak juga boleh diasuh untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama keluarga, jiran dan masyarakat dengan menganjurk­an majlis berbuka puasa, berziarah dan bersedekah.

Jika kaedah yang disarankan ini dapat dipraktikk­an kepada anak-anak sepanjang Ramadan ini adalah diyakini bahawa mereka menjadi bukan saja umat Islam yang diredai-Nya, bahkan menjadi insan yang sempurna akhlak dan tatasusila­nya.

Didikan agama yang mantap sejak usia kecil sebegini pasti dapat menjamin kekentalan dan keutuhan personalit­i anak-anak ini apabila usia mereka menjangkau dewasa umpama bidalan melentur buluh biar daripada rebungnya.

Penulis Pensyarah Kanan Di Program Dakwah Dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysiala­m Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia