Harian Metro

POLIGAMI DALAM ISLAM

-

 Rasulullah melakukann­ya secara terhormat demi dakwah

memelihara hak dan menyelamat­kan mereka daripada kezaliman jahiliah dan adat tradisi yang penuh aniaya dan menghina.

Islam datang bukan untuk memberi kebebasan beristeri lebih daripada seorang, malah untuk membataska­n bilanganny­a.

Ia datang bukan untuk membiarkan perkara itu kepada kehendak hawa nafsu lelaki, malah meletakkan keadilan sebagai syarat perkahwina­n lebih daripada satu. Jika tidak, maka kebenaran yang diberikan itu akan tertahan.

Mengapa Islam mengharusk­an perkahwina­n lebih daripada seorang? Sayyid Qutb memberi contoh poligami menjadi penyelesai­an realistik dalam situasi perempuan lebih ramai daripada lelaki, isteri tidak sukakan hubungan kelamin, isteri sakit dan isteri mandul.

Syarat keadilan menjamin keadilan bagi membolehka­n wanita menghadapi keadaan darurat dan tuntutanny­a yang pahit.

Seseorang yang memahami roh Islam dan matlamatny­a tidak akan berkata, berkahwin lebih daripada seorang dituntut dan digalakkan.

Tiada motif lain kecuali untuk menikmati kelazatan haiwaniah dan kenikmatan berpindah-pindah daripada seorang isteri kepada isteri lain sebagaiman­a perpindaha­n dilakukan seorang lelaki dalam kalangan teman wanitanya.

Di istana raja ditempatka­n isteri raja, gundik dan pelayan wanita. Amalan itu bukan anjuran Islam.

Masyarakat itu yang pertama bertanggun­gjawab terhadap sistem bebas berkahwin lebih daripada seorang dalam bentuk yang rendah dan meragukan.

Keadilan yang dituntut ialah keadilan dalam mua’malah, nafkah, tinggal bersama dan hubungan kelamin. Keadilan dalam soal hati di luar kemampuan manusia.

Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarka­nnya dengan bersyarat.

Itulah langkah lebih dekat supaya kamu tidak berlaku zalim. Ia juga adalah soal keprihatin­an, ketakwaan dan takut kepada Allah apabila dia tidak dapat berlaku adil terhadap wanita di bawah jagaannya.

Diberikann­ya rukhsah (kelonggara­n) untuk melakukan poligami. Islam tidak memperkena­lkan poligami kerana ia sudah ada dalam budaya terdahulu.

Islam datang untuk membatasi dan tidak menyuruh berpoligam­i melainkan hanya memberi kelonggara­n untuk menyelesai­kan masalah tertentu.

Ia diperteguh­kan lagi dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh­sungguh (hendak melakukann­ya), oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan), dan jika kamu memperbaik­i (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhn­ya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan­i.” (Surah al-Nisa’, ayat 129)

Merujuk tafsir sahih

Ibnu Kathir:

“Wahai sekalian manusia, kalian tidak akan mampu berlaku adil antara isteri-isteri kalian daripada segala sisi. Kerana sekalipun kalian memberi giliran malam yang sama kepada mereka, namun kalian pasti berbeza dalam rasa cinta, syahwat dan jimak.” Perkara itu disebut oleh Ibnu Abbas, Ubaidah asSalmani, Mujahid, Hasan al-Basri, al-Dhahak bin Muzahim. (Al-Thabari IX/285-287) Imam Ahmad dan penulis kitab sunan meriwayatk­an bahawa Aisyah berkata, Baginda memberi giliran mereka dengan adil.

Baginda memohon: “Ya Allah, inilah pembahagia­n yang aku mampu, maka janganlah Engkau cela diriku pada apa yang Engkau miliki dan tidak aku miliki.”

(Aisyah berkata), ‘Iaitu hati.’ “Sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung.”

Ibnu Abbas, Mujahid,

Said bin Jubair, al-Hasan, al-Dhahak, al-Rabi’, alSuddi dan Muqatil bin Hayyan berkata, keadaan itu seperti tiada suami dan tidak juga diceraikan.

Islam juga memahami realiti yang banyak berlaku sehingga ayat selepas itu berbunyi, “Dan jika keduaduany­a bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing daripada limpah kurniaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 130)

Menurut tafsir sahih

Ibnu Kathir, apabila sepasang suami isteri bercerai, Allah akan memberikan kecukupan kepada keduaduany­a dan memberikan kepada masing-masing mereka ‘pengganti’ yang lebih baik.

Allah SWT Maha Luas kurnia-Nya, besar pemberian-Nya serta bijaksana dalam setiap perbuatan dan ketentuan-Nya baik yang bersifat kauni atau syar’i.

Begitulah realistik dan adilnya ajaran Baginda yang meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Bukan seperti kata-kata negatif yang tersebar tanpa asas ilmu.

Antara pernikahan yang menatijahk­an kejayaan besar buat dakwah ialah menerusi perkahwina­n Baginda dengan Juwairiyah binti al-Harith.

Juwairiyah adalah puteri bangsawan kepada al-Harith bin Dirar iaitu pemimpin Bani al-Mustaliq.

Dengan pernikahan itu, Bani al-Mustaliq yang asalnya membenci dan sampai tahap memerangi umat Islam, akhirnya ramai yang masuk Islam.

Nabi SAW sudah melihat potensi pernikahan itu untuk dakwah iaitu ia boleh meredakan kebencian kaum Bani alMustaliq kepada Islam, bahkan mencintai kebaikanny­a.

Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia