Harian Metro

KERJA SERIUS BIKIN KETAWA

Wanita kerja 8 syarikat letak jawatan jadi badut untuk hibur orang ramai

- Nor Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Noorhidawa­ti Mohd Juki, 43, pernah bekerja di lapan syarikat swasta sejak 1998 sebelum berhenti pada 2011 seterusnya menjadi badut.

Malah, persalinan pertamanya sebagai badut dijahit sendiri daripada baju hamil miliknya.

“Saya terbabit dengan kerjaya sebagai badut pada 2016. Ketika menyuaraka­n perkara itu, suami, S Mohd Fairus Shahuddin, 51, tercengang.

“Bagaimanap­un, suami menyokong minat saya malah meminta saya melakukan yang terbaik setiap kali menghiburk­an orang ramai,” katanya.

Mengimbau kenangan sebelum menjadi badut, Noorhidawa­ti yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepong di sini berkata, dia terserempa­k dengan dua badut lelaki ketika memohon permit persembaha­n di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Disember 2015.

“Saya bertanya kepada mereka bagaimana mahu menjadi badut dan mereka memaklumka­n, mereka boleh memberi tunjuk ajar memandangk­an tiada badut wanita.

“Saya setuju, malah turut belajar bagaimana menghasilk­an belon pelbagai bentuk,” katanya yang juga lulusan diploma Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Menurut Noorhidawa­ti, setakat ini, hasil daripada pengalaman, dia dapat menghasilk­an 50 belon pelbagai bentuk serta watak.

Katanya yang dikurniaka­n tiga anak berusia sembilan hingga 16 tahun, dia kini mempunyai lima anak didik yang berminat menjadi badut.

“Saya gemar berkongsi ilmu berkaitan kerjaya badut dan mengajar apa yang saya tahu kepada lima murid saya.

“Untuk menjadi badut, seseorang itu perlu kreatif dan pandai menceriaka­n suasana selain pantas berfikir,” katanya.

Menurut Noorhidawa­ti, setiap kali keluar bekerja, dia terus mengenakan pakaian badut dan tidak malu menggunaka­n pengangkut­an awam ke destinasi program.

“Kita memang ada rasa malu tapi sebagai badut, kita perlu buang jauh-jauh perasaan itu.

“Saya pernah jauh hati selepas seorang pengacara majlis menyindir dengan mengatakan saya malas belajar dan kini menjadi badut untuk mencari rezeki,” katanya.

Bagaimanap­un, menurut Noorhidawa­ti, dia menjadikan sindiran itu sebagai penguat semangat untuknya terus berkarya.

“Jika tidak dipanggil untuk menceriaka­n program, saya berkunjung ke Jalan Bukit Bintang selain sekitar pusat beli-belah Sogo untuk menghiburk­an orang ramai.

“Syukur kerana walaupun pendapatan diterima tidak besar namun ia cukup membantu suami menyara keluarga,” katanya.

Saya pernah jauh hati selepas pengacara majlis menyindir mengatakan saya malas belajar dan kini menjadi badut untuk

mencari rezeki

Noorhidawa­ti

 ??  ?? NOORHIDAWA­TI mampu menghasilk­an lebih daripada 50 jenis bentuk belon.
NOORHIDAWA­TI menceriaka­n kanak-kanak dalam program di sekolah.
NOORHIDAWA­TI bersama badut cilik yang dilatihnya.
NOORHIDAWA­TI mampu menghasilk­an lebih daripada 50 jenis bentuk belon. NOORHIDAWA­TI menceriaka­n kanak-kanak dalam program di sekolah. NOORHIDAWA­TI bersama badut cilik yang dilatihnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia