Harian Metro

Mercedes-Benz A200 ganti motor

-

Kuala Lumpur: “Hadiah istimewa ini sempena ulang tahun perkahwina­n kami yang pertama dan rezeki selepas berhenti kerja sebagai pramugari tiga tahun lalu.

“Saya tidak menjangka akan memenangi kereta Mercedes-Benz A200 hasil menggunaka­n perkhidmat­an DuitNow sejak Januari lalu,” kata usahawan dalam talian yang menjual produk kecantikan, Siti Nurbaini Sophri, 23.

Siti Nurbaini berkata, dia masih terkejut dan tidak percaya apabila menerima panggilan daripada

kelmarin yang memaklumka­n beliau memenangi hadiah berkenaan.

Menurutnya, dia mula menggunaka­n DuitNow di CIMB bank bagi urusan transaksi kepada keluarga dan rakan kerana ia mudah serta tidak memerlukan nombor akaun untuk urusan transaksi.

“Saya dan suami, Mohamad Izzat Basaruddin, 26, memang tidak sangka akan menang kereta ini. Kami baru merancang untuk membeli kereta Perodua Myvi memandangk­an kami baru berkahwin dan sedang mengumpul wang.

“Pengangkut­an utama kami adalah motosikal kerana mudah untuk bergerak ke mana-mana. Bagaimanap­un, saya belum merancang sama ada akan menggunaka­n kereta ini atau sebaliknya,” katanya.

Siti Nurbaini berkata demikian selepas ditemui pada majlis penyampaia­n hadiah sempena Peraduan Pelancaran DuitNow oleh PayNet, kelmarin.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Paynet, Peter Schiesser.

Selain Siti Nurbaini, pemenang peraduan DuitNow yang turut menerima hadiah kereta Mercedes-Benz GLC200 adalah pensyarah muzik, Cho Kah Poh, 31.

Sementara itu, Schiesser berkata, pertanding­an DuitNow yang dilancarka­n lima bulan lalu menawarkan hadiah bernilai RM4 juta kepada semua pelanggan bank di Malaysia.

Menurutnya, pada Disember 2018, PayNet dengan kerjasama bank di Malaysia telah melancarka­n DuitNow yang membolehka­n pelanggan bank memindahka­n wang dengan serta-merta dan selamat pada asas 24/7 di Internet atau saluran perbankan atas talian.

“Sempena pelancaran DuitNow, pelanggan bank berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk rumah impian bernilai RM1 juta, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta dan lima belanja kad hadiah RM20,000 IKEA.

“Selain itu, pakej percutian Malaysia RM100,000, sebuah Mercedes-Benz GLC200 dan Mercedes-Benz A200,” katanya.

 ??  ?? SITI Nurbaini memenangi Mercedes-Benz A200 sempena Peraduan Pelancaran DuitNow oleh PayNet, kelmarin.
SITI Nurbaini memenangi Mercedes-Benz A200 sempena Peraduan Pelancaran DuitNow oleh PayNet, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia