Harian Metro

RASAI SELERA MALAYSIA

- Nor Affizar Ibrahim affizar@nstp.com.my

CCEC sedia dua promosi eksklusif berbuka puasa sepanjang Ramadan

Sempena Ramadan kali ini, Connexion Conference & Event Centre (CCEC) menawarkan dua promosi eksklusif iaitu bufet Ramadan di The Oak Room dan pakej popular, Buka Puasa Banquet yang diadakan saban tahun.

Bagi tempahan korporat untuk kumpulan lebih daripada 50 orang, bolehlah buat tempahan pakej Buka Puasa Banquet yang bermula pada 6 Mei hingga 5 Jun 2019.

Dengan pakej ini, pengunjung boleh berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai dalam suasana selesa serta lebih erat di dalam bilik privasi disediakan.

Sama ada majlis berbuka

puasa itu diadakan dalam kumpulan yang besar atau ramai jemputan, CCEC menyediaka­n pilihan luas untuk anda berkumpul termasuk, menyediaka­n dewan besar, dewan kecil, 15 bilik jamuan dan paling unik ruang bumbung terbuka gazebo yang menjadikan ia lokasi sempurna untuk menjadikan majlis anda lebih bermakna.

Menu istimewa Buka Puasa Banquet menampilka­n aneka hidangan tradisiona­l dari seluruh negeri di Malaysia, sesuai dengan temanya, Rasa-rasa Ramadan.

Antara sajian menambat selera, daging bakar bersos percik, paru goreng sambal hijau, gulai kurma kambing dan ayam betutu.

Pemanis mulut pula tapai pulut dan ubi, bubur nangka, pistachio baklava dan banyak lagi. Terdapat juga pilihan makanan fusion dan antarabang­sa untuk memenuhi citarasa pelbagai. Ada 60 sajian hidangan dan enam gerai makanan disajikan secara langsung.

Tahun ini, CCEC melancarka­n bufet Ramdan baharu di The Oak Room yang bermula pada 9 Mei hingg 31 Mei 2019.

Ini kali pertama,

The Oak Room dibuka kepada orang ramai. Dengan sentuhan rekaan yang elegan dan cantik serta suasana tenang yang tercetus di sini, pengunjung pasti teruja berbuka di sini.

Sepanjang Mei ini, The Oak Room akan diberikan transforma­si kepada rumah kampung tradisiona­l. Hidangan menarik boleh dicuba termasuk, sup asam laksa utara, bubur lambuk, roti arah dan aneka ikan bakar.

Bufet Rasa-Rasa Ramadan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ia berharga RM98++ untuk dewasa dan RM40++ (kanak-kanak)

Untuk tempahan hubungi enquire@connexionc­ec.com atau telefon 03-23869188.

 ??  ??
 ??  ?? ANEKA sajian yang disediakan sepanjang Ra m a d a n .
ANEKA sajian yang disediakan sepanjang Ra m a d a n .
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia