Harian Metro

AIR TANGAN 14 NEGERI

-

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur sedia hidangan bertema Sajian Tradisi Zaman ke Zaman

Makanan tradisi dari 14 negeri di Malaysia antara tarikan yang disajikan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur untuk juadah berbuka sepanjang Ramadan ini.

Menariknya, hidangan disediakan bercirikan makanan tradisiona­l selari dengan tema Sajian Tradisi Zaman ke Zaman yang diperkenal­kan sejak sekian lama.

Antaranya Asam Pedas Ikan Pari Melaka, Daging Rendang Tok Gajah Perak, Labu Masak Lemak Putih Kedah, Ikan Patin Masak

Tempoyak Temerloh Pahang, Kailan Tahu Sos Telor Wilayah, Sotong Sumbat Pulut Terengganu, Manok Pansoh Sarawak dan Umai Ikan Merah Sabah.

Tidak dilupakan, menu

yang menjadi pilihan pelanggan di hotel yang sering dikunjungi masyarakat kota dan juga pengunjung dari pelbagai negeri termasuk

Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura seperti Sup Gear Box Power, Sup Ekor, Kambing Bakar, Murtabak, Briyani Gam Muar, Bubur Lambuk dan Kway Teow Goreng.

Itu antara 100 juadah dan ia ditukar setiap hari bagi memastikan kelainan kepada pengunjung yang datang berulang kali dan hari berbeza.

Selain itu terdapat lebih 20 gerai pelbagai juadah menanti pilihan pengunjung selain diselitkan beberapa menu lain antaranya Sushi, Okonomiyak­i

pizza, pasta dan Nasi Daun Pisang Chennai.

Semuanya disediakan khas oleh Cef Saad dan barisan cef lain yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Untuk menikmati bufet Ramadan di sini, datang beramai-ramai menikmati Sajian Tradisi Zaman ke Zaman dengan harga RM120 untuk dewasa manakala kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun, RM60.

Setiap pembelian baucar akan didermakan RM1 ke tabung sambutan Aidilfitri untuk anak-anak yatim.

Tempat untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih juga disediakan untuk keselesaan tetamu yang datang berbuka puasa di sini.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 03-40425555 atau layari laman web Hotel Seri

Pacific Kuala Lumpur di www.seripacifi­chotel.com.

 ??  ?? ANTARA sajian menarik dari 14 negeri yang disediakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
ANTARA sajian menarik dari 14 negeri yang disediakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia