Harian Metro

NIKMATI 400 MENU

- Saadiah Ismail saadiah_ismail@nstp.com.my

Sunway Resort Hotel & Spa sedia 10 gerai masakan untuk pelanggan nikmati juadah berbuka puasa

Mengambil inspirasi daripada ungkapan ketika menjemput seseorang makan, Sunway Resort Hotel & Spa, kali ini menampilka­n kelainan dengan menyediaka­n

10 gerai masakan secara langsung supaya pelanggan selesa ketika menikmati juadah berbuka puasa.

Gerai berkonsepk­an bazar Ramadan seperti gerai asam pedas gearbox, churrasco, seafood bakar, golek, kawah, warisan, mi, nasi, satay dan kuih bergoreng, di luar The Resort Café pastinya antara yang menarik perhatian.

Lebih 400 menu ditawarkan seperti sup gearbox turbo yang dimasak lapan jam menggunaka­n api kecil, hidangan daging, ayam, kambing yang dipanggang dengan sempurna, makanan laut yang dibakar seperti ikan pari, kupang dan bermacam lagi.

Teringin hidangan golek, anda boleh mencuba kambing golek yang diperap dengan 25 jenis herba dan dipanggang empat jam bagi mengekalka­n rasa sempurna.

Inginkan gulai kawah pula, bolehlah mencuba gulai ayam kampung, gulai ikan tenggiri, gulai nangka muda dan bermacam lagi, pasti membuatkan anda berpuas hati.

Hidangan warisan seperti rendang tok, serunding, bubur lambuk, kepelbagai­an

mi seperti assam laksa, mi undang, sup mi wanton dan kuih muih tradisiona­l juga disediakan.

Pilihan nasi juga aneka seperti briyani, bukhari, nasi hujan panas, nasi oriental, nasi minyak, nasi mandi, maqluba dan kabsa.

Salad Tower menampilka­n pelbagai ulam-ulaman seperti kacang botol, petai, daun selom, jantung pisang, gado-gado, miangkham, som tam dan bermacam lagi.

Bufet berbuka puasa itu akan bermula pada 6 Mei hingga 4 Jun pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga untuk dewasa ialah RM188 dan RM98 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Bagi yang ingin menikmati hidangan pada 6 hingga 9 Mei dan 1 hingga 4 Jun, sebanyak potongan 40 peratus harga bufet akan diberikan.

Kemudahan seperti surau disediakan dan boleh bersolat terawih berjemaah. Sebarang tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi The Resort Café di talian 03-74952009 / 03-74928000 atau e-mail kepada srhs.bookfnb@ sunwayhote­ls.com.

 ??  ?? JUADAH lazat untuk berbuka puasa yang disediakan di Sunway Resort Hotel & Spa sepanjang Ramadan.
JUADAH lazat untuk berbuka puasa yang disediakan di Sunway Resort Hotel & Spa sepanjang Ramadan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia