Harian Metro

BUAH LEBAT TINGGAL ABU

- Nurul Fatihah Sulaini am@hmetro.com.my

Empat pekebun rugi RM100,000 ladang sawit 16 hektar musnah terbakar

Tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab melakukan pembakaran terbuka menyebabka­n empat pekebun menanggung kerugian lebih RM100,000 apabila tanaman sawit seluas 16 hektar di Bukit Jerok di sini, terbakar.

Difahamkan kebakaran itu bermula sejak beberapa hari lalu membabitka­n empat lot tanah dan kini merebak ke kawasan berhampira­n.

Pekebun, Mohd Hairul Azlan Che Shaari, 34, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu jam 8 pagi kelmarin selepas dimaklumka­n penduduk kampung.

“Saya bergegas melihat keadaan kebun dan terkejut melihat hampir 80 peratus tanah seluas 4.8 hektar milik arwah bapa yang ditanam sawit sejak lima tahun lalu hangus.

“Tiga hari lalu saya datang melihat tanaman yang berbuah

lebat dan mengeluark­an hasil beberapa kali dalam setahun. Ketika itu belum ada kebakaran.

“Saya kerugian RM50,000 termasuk modal membersihk­an kebun, upah tanam sawit serta pokok yang berbuah,” katanya yang menyara 10 ahli keluarga daripada hasil kebun itu.

Hairul berkata, dia menyedari ada empat tompokan longgokan sampah baharu bersebelah­an kawasan terbakar yang dipercayai punca kebakaran.

“Sejak pagi kelmarin, kami angkut air dari rumah menggunaka­n pacuan empat roda secara bergilir dan memadam kebakaran menggunaka­n baldi serta enjin tekanan air mudah alih. Pihak bomba juga sentiasa memantau supaya kebakaran tidak merebak.

“Api mudah merebak kerana faktor tanah gambut. Walaupun api di permukaan padam, masih ada kepulan asap keluar dari bawah tanah,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, mereka melakukan operasi pemadaman di kawasan terbabit selama tiga hari, tetapi disebabkan sumber air kering dan sukar masuk ke lokasi berikutan jalan sempit, operasi dihentikan sementara waktu.

Namun katanya, pihak bomba memantau keadaan semasa di kawasan terbabit supaya boleh segera bertindak sekiranya kebakaran itu merebak ke kawasan penempatan penduduk.

 ??  ?? SEBAHAGIAN tanaman sawit terbakar akibat pembakaran terbuka di Kampung Bukit Jerok.
SEBAHAGIAN tanaman sawit terbakar akibat pembakaran terbuka di Kampung Bukit Jerok.
 ??  ?? TONG yang digunakan untuk memunggah air bagi memadam kebakaran.
TONG yang digunakan untuk memunggah air bagi memadam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia