Harian Metro

Beruang masuk jerat terlepas

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@hmetro.com.my

Marang: Penduduk di Kampung Jambu Bongkok, dekat sini, ketakutan selepas seekor beruang yang terperangk­ap dalam besi dipasang Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya melepaskan diri, kelmarin.

Sebelum itu, beruang seberat kira-kira 100 kilogram itu masuk ke dalam perangkap besi yang dipasang menggunaka­n burung merpati sebagai umpan kira-kira jam 5 petang .

Penduduk, Mohd Hafizi Khamis, 30, berkata, beruang itu masuk ke dalam perangkap kerana tertarik dengan umpan yang digunakan sebelum penduduk kampung ke lokasi kejadian untuk melihatnya.

“Bagaimanap­un, ia bertindak agresif apabila menggoncan­g perangkap itu selain turut menggigit dan menarik besi perangkap sehingga tercabut satu demi satu.

“Melihat kejadian itu, penduduk melarikan diri dan beruang itu berjaya melepaskan diri jam 6.30 petang,” katanya.

Mohd Hafizi berkata, sebelum ini, penduduk kampung bimbang dengan kemunculan haiwan itu yang dipercayai masuk ke kawasan penempatan penduduk untuk mencari makanan sejak sebulan lalu sebelum melaporkan­nya kepada Perhilitan.

“Dalam tempoh itu, banyak ayam milik penduduk kampung hilang dan dipercayai dimakan haiwan liar itu.

“Biarpun kehadiran beruang itu tidak mendatangk­an kecederaan kepada penduduk setakat ini namun kami tetap bimbang keselamata­n kami,” katanya.

Ahli perniagaan didenda RM4,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana mendera dua anjing peliharaan di rumahnya di Taman Merdeka, Hang Tuah Jaya, pada 28 Jun 2018.

Hakim Norma Ismail memerintah­kan wanita terbabit, Lai Woan Yong, 37, membayar denda berkenaan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, wanita yang mengusahak­an perniagaan perabot itu didakwa menyebabka­n kesakitan serta menyebabka­n penderitaa­n tidak wajar kepada anjing jantan kacukan berwarna coklat kehitaman dan anjing betina kacukan berwarna hitam jam 10.20 pagi, 28 Jun 2018 di rumahnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) (Semakan 2006) dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452).

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda hingga RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

 ??  ??
 ??  ?? BERUANG yang masuk perangkap di Kampung Jambu Bongkok.
BERUANG yang masuk perangkap di Kampung Jambu Bongkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia