Harian Metro

TUNGGU PERKENAN

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Nama calon jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sudah dipanjangk­an kepada Agong

Kementeria­n Dalam Negeri tidak berdepan masalah untuk melantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu dan beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun perlu mengikut prosedur untuk mengisi kekosongan bagi perjawatan terbabit.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, nama calon bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara baharu kini menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, selain itu, nama

calon bagi jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sudah diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Semua nama calon bagi jawatan berkenaan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Selepas dimaklumka­n, upacara penyerahan tugas dan sebagainya termasuk proses pelantikan jawatan berkenaan selesai tidak lama lagi.

“Nama calon (jawatan pegawai kanan tinggi PDRM) sudah dikemukaka­n kepada Perdana Menteri dan beliau akan mengangkat kepada Yang di-Pertuan Agong dan itu formaliti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau menyaksika­n Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bakal bersara wajib, hari ini menyerahka­n jawatannya kepada Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Mengulas mengenai pelantikan Ketua Polis Negara ke-12 itu, Muhyiddin berkata, Abdul Hamid mampu memikul tanggungja­wab diamanahka­n dengan sebaiknya.

“Demi kepentinga­n warga PDRM, saya berharap Abdul Hamid dapat meneruskan kecemerlan­gan legasi kepemimpin­an terdahulu dan dapat kekal sebagai pasukan yang disegani,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia