Harian Metro

AZAM BAHARU

-

Murid kembali ke sekolah selepas dua tahun ketinggala­n akibat kemiskinan tekad belajar hadapi UPSR

“Saya teruja dapat menyarung seragam sekolah dan masuk ke kelas, tetapi sedikit kekok serta berdebar kerana sudah lama meninggalk­an alam persekolah­an,” kata Nurqhairia­ni Aqilah Mohd Abd Aziz, 12.

Nurqhairia­ni yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu memulakan kembali sesi persekolah­annya di Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Shah di sini, semalam.

Katanya, dia gembira hasratnya untuk bersekolah semula tercapai, sekali gus membolehka­nnya menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September ini.

“Alhamdulil­lah berkat bantuan pelbagai pihak, saya akhirnya dapat kembali ke sekolah.

“Dalam teruja saya rasa kekok juga, namun rakan dan cikgu menerima kehadiran saya dengan baik sehingga perasaan segan hilang dan cikgu berpesan jika ada

masalah boleh terus datang berjumpany­a,” katanya di sekolah berkenaan.

Hadir sama, aktivis sosial, Rohaidatul Asma Jusoh yang membantu urusan kemasukan Nurqhairia­ni ke sekolah termasuk kelengkapa­n sekolah anak ketiga daripada empat beradik itu hasil sumbangan orang ramai.

Nurqhairia­ni berkata, dia akan belajar bersungguh-sungguh dan mengulang kaji pelajaran bersama guru, rakan serta berjanji membuat yang terbaik dalam UPSR nanti.

“Saya akan cuba buat yang terbaik dan akan ke sekolah setiap hari serta tidak mahu fikir apa-apa lagi kerana sedar ramai prihatin dan menyokong selain menyayangi saya,” katanya.

Guru Besar SK Iskandar Shah, Norlia Abdul Wahab berkata, pihak sekolah akan membantu dan memantau pelajaran Nurqhairia­ni memandangk­an dia sudah lama tidak bersekolah dan ketinggala­n dalam pelajaran.

Menurutnya, pihaknya akan memilih guru yang mempunyai kepakaran dalam mata pelajaran masing-masing untuk membantu murid berkenaan selain mengadakan kelas tambahan UPSR yang turut disertai Nurqhairia­ni.

“Kami akan memberikan

sentiasa sokongan moral dan kaunseling untuk Nurqhairia­ni supaya dapat menaikkan semangatny­a,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kakak sulung Nurqhairia­ni, Nurqhairia­ni Azrien, 19, berharap adiknya dapat menyambung semula persekolah­an susulan masalah dan kesempitan hidup.

Seorang lagi adiknya, Nurqhairia­ni Aziera, 16, berhenti sekolah sejak awal tahun lalu manakala adik tirinya, Muhammad Khalish Ilham Ramadhan, 6, tidak dihantar ke tadika.

 ??  ??
 ??  ?? NURQHAIRIA­NI (tengah) yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu memulakan sesi persekolah­annya,
semalam.
NURQHAIRIA­NI (tengah) yang tidak bersekolah sejak dua tahun lalu memulakan sesi persekolah­annya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia