Harian Metro

JALAN TERUS

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Guru matematik rogol pelajar dihukum penjara 22 tahun serta 4 sebatan

Padah merogol pelajarnya sendiri dalam kereta di kawasan letak kereta di hadapan sebuah pasar raya di Siburan dua tahun lalu, seorang guru matematik dijatuhi hukuman penjara 22 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, semalam.

Keputusan terhadap tertuduh, Muhaini Bojeng, 53, dibuat Hakim, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad selepas membuat pertimbang­an sewajarnya berdasarka­n statistik kekerapan kesalahan seksual yang berlaku di Sarawak terutama dalam kalangan guru.

Menurut Hakim Dayang Ellyn, tertuduh wajar menjadi pembimbing namun sebaliknya dia menyalahgu­nakan kedudukann­ya dan hukuman setimpal

dijatuhkan untuk mengelakka­n perbuatan seumpama itu berulang.

Mengikut pertuduhan, Muhaini didakwa atas dua pertuduhan iaitu mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 376(1), akta sama.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara serta dua sebatan dan pertuduhan kedua membawa hukuman 12 tahun penjara serta dua sebatan.

Peguam tertuduh, Wit Malang memohon penggantun­gan pelaksanaa­n hukuman sementara menunggu rayuan dengan alasan Muhaini mempunyai penyakit seperti masalah batuk kronik, diabetes dan darah tinggi.

Tambahnya, adalah lebih mudah bagi tertuduh untuk menjalani rawatan di luar berbanding di penjara.

Wit berkata, Muhaini juga perlu mencari nafkah untuk keluargany­a dengan meneruskan kelas tuisyennya kerana mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof menyatakan adalah tidak relevan bagi tertuduh untuk memohon penangguha­n hukuman dan sekiranya tertuduh mempunyai masalah kesihatan, penjara menyediaka­n kemudahan seperti ubat-ubatan, doktor dan klinik untuk banduan.

Beliau menjelaska­n bahawa untuk membenarka­n tertuduh kembali semula menjalanka­n kelas tuisyen adalah tidak wajar kerana tertuduh mungkin akan mengulangi perbuatann­ya.

Hakim menolak permohonan Wit kerana beranggapa­n tertuduh tidak layak diberikan penggantun­gan pelaksanaa­n hukuman di samping tertuduh gagal mengemukak­an sebarang perakuan masalah kesihatan berbentuk sijil atau surat daripada doktor atau pakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia