Harian Metro

‘KITA TAK UBAH’

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Kementeria­n Pendidikan pandang

serius tulisan di media sosial dakwa mahu ubah subjek Sejarah

Kementeria­n Pendidikan memandang serius tulisan di media sosial yang mendakwa ada pasukan dalam kementeria­n itu yang mahu mengubah subjek Sejarah sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, ia satu tuduhan liar yang dikitar semula dan berunsur fitnah meskipun pernah diperjelas­kan dan disangkal Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada 23 Disember tahun lalu.

“Kurikulum Kebangsaan termasuk subjek Sejarah akan terus kekal melainkan jika ada cadangan atau saranan baharu daripada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) dan Jawatankua­sa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD).

“MPPK dan JKD dalam proses menjalanka­n kajian dan mendapatka­n daripada pelbagai pihak berkepenti­ngan berhubung cadangan dan syor penambahba­ikan menyeluruh ke atas sistem pendidikan Malaysia termasuk dari aspek sistem dan dasar pendidikan kebangsaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, untuk rekod, semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sudah bermula pada 2017 sebelum Pilihan

Raya Umum ke-14 di mana Kementeria­n Pendidikan mengambil usaha berterusan untuk menambah baik kurikulum sedia ada bagi semua mata pelajaran.

“Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah (Panel Pakar Rujuk) dibentuk pada 2017.

“Kurikulum Sejarah bagi KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 hingga Tahun 6 dan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sudah selesai disemak Panel Pakar Rujuk.

“Buku teks Sejarah KSSR Tahun 4 hingga Tahun 6 dan KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 selesai disemak dari segi pengesahan fakta pada 2018 manakala buku teks KSSR (Semakan 2017) Tahun 4 dan KSSM Tingkatan 4 masih dalam proses penerbitan,” katanya.

 ??  ?? DR Maszlee
DR Maszlee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia