Harian Metro

Garaj ranap dibadai ribut

-

“Saya mendengar bunyi ribut disusuli dentuman kuat, tetapi takut untuk keluar melihat apa yang berlaku kerana tinggal seorang diri.

“Selepas suami pulang dari surau, dia beritahu garaj runtuh dan menimpa kereta yang diparkir,” kata Menah Jaabar, 58, menceritak­an kejadian ribut yang berlaku di rumahnya di Felda Serting Hilir Dua di sini, malam kelmarin.

Menah berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam itu, dia sangat takut dan hanya mampu berdoa supaya tiada kejadian buruk berlaku.

“Saya hanya diam di dalam rumah. Mujur kediaman saya tidak rosak tetapi tidak sangka pula garaj runtuh akibat ribut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam,

Seorang lagi penduduk Azhari Hashim, 58, berkata, kejadian itu paling teruk pernah berlaku di kawasan berkenaan.

Katanya, atap rumahnya diterbangk­an angin selain garaj kereta turut runtuh dipukul ribut.

“Ketika kejadian, dua anak perempuan berusia 13 dan 14 tahun menangis ketakutan. “Saya lihat angin berpusing dan merosakkan rumah penduduk. Namun, bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Peneroka Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh berkata, sebanyak 38 rumah peneroka Felda Serting Hilir Satu, Dua, Enam dan Tujuh serta 22 rumah kakitangan Felda rosak akibat kejadian ribut itu.

“Selepas tujuh tahun sakit dan tiga tahun terlantar baru saya tahu isteri layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso),” kata penyelia asrama sebuah sekolah di negeri ini, Zailani Sabtu, 54.

Zailani berkata, isterinya, Norlizah Taib, 50, mempunyai ketumbuhan dalam otak hingga lemah dan tidak mampu bergerak sendiri.

Menurutnya, sebelum ini

isterinya bekerja sebagai guru agama sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) lebih 20 tahun sebagai kakitangan kontrak.

“Sebenarnya saya tidak tahu yang isteri ada membuat caruman Perkeso, namun seorang rakan meminta saya cuba semak dengan pertubuhan ini.

 ??  ?? GARAJ kereta runtuh selepas dipukul angin kencang di Felda Serting Hilir Dua, kelmarin.
GARAJ kereta runtuh selepas dipukul angin kencang di Felda Serting Hilir Dua, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia