Harian Metro

TAWAR FAEDAH TAK MASUK AKAL

Sindiket pinjaman halimunan jerat mangsa terdesak wang

- Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Tawar kadar faedah tidak masuk akal kepada peminjam. Itu antara taktik dikenal pasti digunakan sindiket pinjaman tidak wujud bagi menjerat mangsa memberikan wang kepada mereka bagi setiap proses urusan pinjaman.

Ramai individu yang terjerat dengan helah berkenaan menyebabka­n jumlah kes membabitka­n penipuan sindiket terbabit tergolong dalam empat kategori kes penipuan utama mencatatka­n jumlah tinggi selain penipuan jual beli dalam talian, panggilan penyamaran dan love scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata, kebiasaann­ya individu yang terjerat dengan sindiket itu terdiri daripada golongan berpendapa­tan

rendah dan sederhana.

“Kebanyakan mangsa yang terjerat adalah individu yang terdesak memerlukan wang, namun berdepan masalah untuk melakukan pinjaman dengan pihak bank atas sebab tertentu seperti disenarai hitam dan tiada slip gaji.

“Apatah lagi, kadar faedah ditawarkan sindiket itu lebih rendah berbanding sindiket pinjaman wang atau along menyebabka­n peminjam tidak berfikir panjang untuk meneruskan niat mereka.

“Kebanyakan sindiket itu ‘berkempen’ dengan memaparkan iklan khidmat pinjaman wang disediakan di media sosial atau iklan ditampal di tiang serta SMS,” katanya di pejabatnya, baru-baru ini.

Beliau berkata, polis menganggar­kan kerugian lebih RM38 juta direkodkan membabitka­n sindiket pinjaman tidak wujud di seluruh negara tahun lalu.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima 4,254 laporan berkaitan penipuan terbabit.

“Jumlah kes yang direkodkan tahun lalu itu tidak menunjukka­n sebarang perubahan ketara apabila sebanyak 1,037 laporan diterima membabitka­n kerugian RM9.6 juta bagi tempoh Januari hingga Mac lalu.

“Berdasarka­n rekod itu, jumlah kerugian bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud adalah RM3 juta secara purata setiap bulan di seluruh negara,” katanya.

Mazlan berkata, pihaknya menahan 3,065 individu berusia 20 hingga 40 tahun dipercayai terbabit sindiket pinjaman tidak wujud di seluruh negara, tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia