Harian Metro

Ekuinas kenal pasti anak syarikat GLC berpotensi

-

Kuala Lumpur: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) meninjau untuk mengambil alih anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang kompetitif bagi menjamin pulangan kukuh pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, Ekuinas sudah mengenal pasti anak syarikat GLC yang berpotensi itu.

Beliau berkata, ketika ini rundingan di peringkat atasan mengenai perkara itu dijalankan, namun keputusan mengenai perkara itu memerlukan persetujua­n daripada syarikat yang dikenal pasti.

“Kami berminat dengan syarikat yang sangat kompetitif dan tidak terlalu bergantung kepada kontrak kerajaan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Laporan Tahunan Ekuinas 2018, semalam.

Syed Yasir Arafat berkata, Ekuinas akan menggunaka­n dana daripada Ekuinas Direct (Tranche IV) Fund untuk mengambil alih anak syarikat GLC yang berpotensi.

Beliau berkata, Ekuinas memperuntu­kkan RM30 juta hingga lebih RM300 juta bagi mengambil alih satu syarikat.

Selain itu, jelasnya Ekuinas juga berminat untuk melabur dalam syarikat berkaitan sektor pengguna dan syarikat berkaitan teknologi.

Ekuinas memperuntu­kkan 10 hingga 15 peratus daripada dananya untuk dilaburkan dalam sektor teknologi.

Pada 2018, Ekuinas Direct (Tranche II) Fund mencatatka­n pulangan portfolio kasar RM490.1 juta dengan kadar pulangan dalaman (IRR) kasar dan bersih masing-masing pada 14.0 peratus dan 9.8 peratus.

Dalam tempoh sama, Ekuinas Direct (Tranche III) Fund mencatatka­n pulangan portfolio kasar RM53.5 juta serta IRR kasar tahunan 4.5 peratus.

 ??  ?? SYED Yasir Arafat (kiri) pada pelancaran Laporan Tahunan Ekuinas 2018, semalam.
SYED Yasir Arafat (kiri) pada pelancaran Laporan Tahunan Ekuinas 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia