Harian Metro

Satu kepala, tiga mata SUP DEDAH FIDOFILIA

- Agensi

Darwin (Australia): Penemuan anak ular sawa bermata tiga di sebuah lebuh raya di sini, baru-baru ini dianggap pihak berkuasa hidupan liar Australia sebagai pelik, tambahan pula nama tempat ia ditemui pekan agak terpencil bernama Humpty Doo.

Gambar ular yang diberi nama Monty Python - diambil daripada kumpulan komedi popular di Britain - turut dimuat naik di Facebook dan dikongsi lebih 9,000 kali.

Memetik Mirror UK, mata ketiga reptilia itu berada di atas kepalanya, namun malangnya Monty Python mati beberapa minggu kemudian.

Renjer hidupan liar menemui ular sepanjang 12.7 sentimeter terbabit di atas lebuh raya Arnhem berhampira­n Humpty Doo yang terletak di luar Darwin.

Gambar Monty Python yang turut disertakan status memberitah­u ular itu dianggap pelik selepas imbasan X-ray mendapati ia bukan dua kepala yang dicantum, sebaliknya, satu tengkorak dengan mata tambahan dan ketiga-tiga matanya berfungsi.

Pihak berkuasa hidupan liar memberitah­u BBC reptilia itu mengalami kesukaran makan kerana kecacatann­ya. - Agensi

Kuah sup yang tertumpah di atas komputer riba menjadi punca seorang lelaki berdepan hukuman penjara selepas fail yang mengandung­i bahan lucah kanak-kanak ditemui dalam peralatan elektronik berkenaan.

Robert Watson, 54, yang berasal dari bandar ini ditahan Selasa lalu atas 10 tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Mail Online melaporkan,

lelaki itu kini ditahan di penjara Polk County kerana masih belum membayar ikat jamin berjumlah AS$50,000 (RM207,144).

Menurut laporan Des Moines Register, nasib malang Watson bermula apabila dia tertumpah kuah sup di atas komputer riba miliknya menyebabka­n peralatan elektronik itu rosak.

Dia kemudianny­a membeli sebuah komputer riba baru di sebuah kedai elektronik dan meminta juruteknik memindahka­n fail daripada komputer riba lama ke dalam komputer barunya.

Ketika memindahka­n fail berkenaan, juruteknik di kedai berkenaan terlihat beberapa fail di dalam komputer riba Watson yang mereka syaki mengandung­i bahan lucah kanak-kanak.

Juruteknik berkenaan bertindak menghubung­i polis yang kemudianny­a datang ke kedai itu dan merampas kedua-dua komputer riba milik lelaki berkenaan sebagai bukti.

Ketika disoal siasat, Watson mengaku memuat turun sejumlah gambar lucah kanak-kanak berusia antara empat hingga lima tahun.

Watson memberi alasan dia menyimpan gambar berkenaan untuk memberi kesedaran kepada orang lain mengenai aktiviti seperti itu.

Menurut laporan itu, Watson akan dibicaraka­n di mahkamah pada 10 Mei ini dan dia berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah.

 Lelaki tertumpah kuah atas komputer riba dicekup miliki

porno kanak-kanak selepas bawa alat untuk dibaiki

 ??  ?? ULAR sawa kecil bermata tiga ditemui di atas lebuh raya Darwin. - AFP
ULAR sawa kecil bermata tiga ditemui di atas lebuh raya Darwin. - AFP
 ??  ?? WATSON
WATSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia