Harian Metro

Watak penggoda dibenci

-

wanita penggoda bernama Sherry yang sekali gus melonjakka­n namanya dalam industri hiburan.

Elly MazlEin

Kehadiran Elly Mazlein dalam membawakan setiap watak penggoda berjaya membuatkan penonton berasa geram.

Buktinya menerusi drama terbaru iaitu Patah Sayap Bertongkat Paruh, Elly menerima pelbagai ‘gertakan’ penonton di laman sosial.

Elly berkata, ada peminat yang ‘mengugut’ mahu menampar dan memukul, malah ingin menolaknya ke dalam sungai disebabkan terlalu bencikan watak Senah.

Zila Bakarin

Siapa yang tidak mengenali Zila Bakarin? Kehadirann­ya sering berbekas di hati penonton apabila berjaya membawakan watak seksi dan menggoda.

Biarpun lama dan boleh dianggap antara pelakon senior, masih banyak tawaran lakonan yang diterimany­a.

Antara watak penggoda yang dibawakan adalah dalam drama Memori Cinta Suraya, Mencari Qiblat dan Dendam Aurora.

Niena Baharun

Pertama kali membawakan watak antagonis dalam drama Jangan Benci Cintaku di TV3, Niena Baharun dikecam teruk apabila membawakan watak sebagai seorang perampas.

Mengakui watak Husna dibenci kaum wanita bergelar isteri, Niena turut berdepan ugutan di laman sosial miliknya ketika itu.

Bagaimanap­un Niena mengaku teruja apabila percubaan pertamanya itu memberi kesan besar untuk kerjaya seninya.

Ummi Nazeera

Watak Sarah dalam Nur Kasih memperkena­lkan Ummi Nazeera dalam industri seni hiburan.

Memegang watak sebagai wanita penggoda sememangny­a satu cabaran besar buat dirinya.

Masakan tidak, watak Sarah itu membuatkan dirinya dikecam dan ada yang menegur ketika dia keluar bersiar-siar bersama keluarga tidak lama dulu.

Eina Azman

Kejayaanny­a membin tangi drama Bangkitnya Seorang Perempuan di slot Samarinda TV3 berjaya memperkena­lkan bakat luar biasa yang dimiliki Datin Paduka

Eina Azman.

Membawakan watak penggoda bernama Misya, kehadiran Eina mula dikenali ramai sekali gus membuatkan dirinya terus diingati ramai.

Uqasha Senrose

Penangan watak Puteri yang dibawakan Uqasha Senrose dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella nyata membuahkan hasil kerana peminat memuji bakat lakonannya.

Rata-rata berasa geram dengan lakonan Uqasha yang mempunyai niat jahat di sebalik kecantikan yang dimiliki dalam drama itu.

Raja Ilya

Bukan semua wanita rela menyandang gelaran ratu antagonis dan membiarkan sisi hitamnya dipersemba­hkan ramai.

Malah, ada antara pelakon wanita menolak watak jahat mentah-mentah agar karakter itu tidak membelengg­u kisah peribadi mereka sendiri.

Namun, pemilik nama Raja Ilya ini tidak gusar lakonan negatif itu menjatuhka­n imej diri dan keluarga sebaliknya menganggap rezekinya lebih berpihak kepada karakter begitu.

Antara drama yang mempopular­kannya ialah Epilog Cinta Khirana dan Tuan Anas Mikael.

Tasha Shilla

Kehebatan Tasha Shilla membawakan watak antagonis atau penggoda tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Banyak karakter sedemikian sudah berjaya dibawakan hingga dirinya dilabel sebagai wanita sedemikian sehinggaka­n Tasha pernah mengeluark­an kenyataan bapanya melarang dia membawakan watak antagonis kerana ia boleh menjejaska­n maruah keluarga.

Bagaimanap­un, Tasha kini tidak kisah untuk membawakan sebarang karakter bagi memastikan kehadirann­ya terus diingati.

 ??  ?? HANEZ SURAYA
HANEZ SURAYA
 ??  ?? ELLY MAZLIEN
ELLY MAZLIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia