Harian Metro

Kelainan kraf logam

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

CNC, mesin khas dikawal komputer kendali rekaan logam

dengan hasil ukiran menarik

Aksesori hiasan seperti cermin, pasu bunga, kusyen sofa dan kaki lilin mampu memberi kelainan gaya dalam dekorasi.

Malah, cita rasa berbeza membuatkan aksesori hiasan direka khas untuk pemilik kediaman itu sendiri.

Terkini, ukiran daripada logam antara produk kraf yang kian mendapat tempat dalam kalangan peminat hiasan dalaman.

Menurut pengasas yang juga pengarah Borneo

Metal Art, Zulkifli Sahak, sebagai pendatang baharu dalam perniagaan kraf, dia perlu mencari kelainan dalam produk yang boleh diketengah­kan.

Katanya, dengan segmen teknologi plasma iaitu Computer Numerical Control (CNC), mesin khas yang dikawal menerusi komputer memudahkan material logam dikendali untuk menghasilk­an ukiran menarik.

“Pada awalnya teknologi ini sering kali digunakan dalam industri berat seperti pembuatan kapal, jentera berat sehinggala­h kepada kenderaan. Kini menggunaka­n konsep sama tetapi pemotongan berskala kecil dan halus untuk aksesori hiasan dalaman.

“Saya banyak hasilkan perincian hiasan yang sesuai untuk masjid, rumah dan kafe.

“Projek terbesar pernah kami kendalikan ialah projek Masjid di Kuching, Sarawak membabitka­n perincian atau hiasan di penghadang ruang dalam masjid, pintu gerbang dan ruang mihrab.

“Rekaan tentu saja potongan ayat suci alQuran dan motif geometri selain elemen yang sesuai untuk konsep Islamik.

“Kelebihan menggunaka­n material dan genre hiasan sebegini ialah motif ditonjolka­n tampak mampan selain logam digunakan berkilauan sebaik terkena cahaya.

“Secara semula jadi ia menyerlahk­an nilai estetika ruang terbabit selain menarik perhatian orang untuk memandangn­ya,” katanya.

Berkenaan kelebihan menggunaka­n teknologi dan perkhidmat­an rekaan khas kata Zulkifli, anda boleh memilih rekaan yang diinginkan mengikut bajet.

“Harga untuk memiliki aksesori hiasan rekaan khas biasanya lebih tinggi berbanding dengan produk sedia ada. Tetapi seperti kata orang, alah membeli menang memakai,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI menunjukka­n produk dihasilkan.
ZULKIFLI menunjukka­n produk dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia