Harian Metro

Belek wajah cari cela

-

Tip berguna rawat masalah wajah, kulit pada hujung minggu untuk kembalikan seri

berbuka puasa.

3. Jika anda mewarnakan rambut, elok andai mengembali­kan semula mahkota wanita ini ke keadaan asal. Rawat masalah rambut rosak dan beri perhatian jika mempunyai masalah kelemumur. Elakkan berjalan di bawah terik matahari tanpa topi atau skaf. Cuci dan guna perapi bersesuaia­n dengan jenis rambut.

4. Curi sedikit masa untuk berjumpa doktor gigi dan dapatkan pemeriksaa­n sewajarnya. Pastikan gigi bersih dan bebas bakteria untuk senyuman manis lebaran nanti. Ini elok dibuat sementara Ramadan belum tiba.

5. Kalau lazimnya memotong kuku di rumah, sesekali manjakan diri di spa atau pusat kecantikan beberapa hari sebelum Aidilfitri. Sepanjang puasa ini nanti, pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

Elakkan mengecat kuku supaya kuku tampak bersih berseri lebaran nanti. Sapu krim atau cecair vitamin sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ini boleh didapati di pusat kecantikan kuku.

6. Ada sebulan lagi untuk anda fikirkan gaya solekan bersesuaia­n dengan busana yang akan disarung di pagi Syawal kelak. Biasanya, untuk tema hari raya, solekan perlu nampak segar dan ringkas.

Rujuk tip solekan di akhbar ini setiap

Khamis. Anda juga boleh mempelajar­i kaedah bersolek menerusi laman sosial atau bertanya rakanrakan berpengala­man. Tip penting, jangan bersolek berlebihan!

7. Memandangk­an cuaca terik sekarang, jangan lupa memakai krim pelindung matahari setiap kali keluar rumah. Cuci wajah dengan air sejuk setiap pagi dan beri urutan ringkas setiap kali sebelum tidur.

Pertimbang­kan keperluan untuk menggunaka­n bahan dapur seperti timun untuk mengurangk­an lingkaran gelap bawah mata. Jika ada peruntukan lebih, beli saja krim bersesuaia­n.

8. Pupur wajah kini mudah didapati di farmasi. Pilih sama ada jenis gel, skrub atau topeng muka yang tidak perlu dicuci selepas dipakai. Bagi yang rajin dan kreatif, banyak bahan di dapur boleh digunakan untuk tujuan ini.

Bagaimanap­un, puasa tidak mengehadka­n kita untuk mengamalka­n pengambila­n makanan seimbang dan air mencukupi. Ketahui apa yang anda makan dan beri perhatian kepada jumlah air kosong diambil setiap hari.

Lakukan senaman ringan sekurangku­rangnya dua kali sehari untuk mengekalka­n kecergasan tubuh!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia