Harian Metro

Gliserin bahan utama buat sabun

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Membuat sabun untuk kegunaan sendiri bukanlah sukar. Namakan saja jenis bau-bauan disukai mahupun bahan organik yang hendak dicampurka­n bersama. Asalkan tahu bahan asas yang perlu, ia boleh dijadikan aktiviti menarik untuk dikongsi bersama anak-anak.

Menyertai program Agrokids Volume 4.0

2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) baru-baru ini, peserta kanak-kanak yang mengambil bahagian cukup teruja menghasilk­an sabun mengikut kreativiti dan cita rasa sendiri.

Kata fasilitato­r program, Nurul Faiqah Sitar, gliserin adalah bahan utama yang diperlukan dalam pembuatan sabun. Tanpa bahan ini pembentuka­n sabun tidak berlaku.

“Lazimnya, proses pencairan gliserin mengambil masa 30 minit. Kita gunakan kaedah pemanasan berlapis sebelum mencampur sebarang bahan organik atau bau-bauan, minyak dan sebagainya.

“Gliserin ini boleh dibeli menerusi pasaran atas talian atau di kedai kraf tangan. Pilih sama ada yang jernih atau putih. Kedua-duanya tidak mempunyai bau dan mudah dikendalik­an,”

Aktiviti ini mengajar kanak-kanak

ilmu sains Program Agrokids Volume 4.0 cungkil kreativiti kanak-kanak hasilkan bahan pembersih

katanya.

Jelas Nurul Faiqah, aktiviti membuat sabun perlu dipantau kerana membabitka­n cecair gliserin yang dipanaskan dan penggunaan perkakasan seperti gunting dan pisau.

“Aktiviti ini mengajar kanak-kanak ilmu sains. Bagaimana satu-satu bahan itu boleh mengeluark­an bau, perubahan gliserin daripada bentuk pepejal kepada cecair, proses pemanasan, perubahan suhu dan sebagainya.

“Ramai kanak-kanak tidak tahu bahawa sabun boleh dicairkan dan kembali ke bentuk asal pada suhu bilik. Jadi, menerusi aktiviti ringkas ini, mereka boleh melihat dan menghasilk­an sabun sendiri.

“Bahan pewangi pula dipilih dari jenis herba dan daun supaya mereka boleh mengenal bau dan fungsinya kepada kulit,” katanya.

 ??  ?? BERI tunjuk ajar. Bahan:
Hirisan kulit lemon Kulit kayu manis Oat
Serbuk kopi
Beras
Jintan
Daun pandan Gliserin
Acuan getah
Cara membuat:
1. Panaskan gliserin menggunaka­n kaedah pemanasan berlapis. 2. Tumbuk bahan-bahan kasar atau kisar hingga halus.
3. Taburkan bahan mengikut jenis dalam acuan.
4. Selepas gliserin mencair sekata, tuang sedikit dalam acuan.
5. Tabur bahan sama di bahagian tengah. 6. Penuhkan acuan dengan cecair gliserin. 7. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
BERI tunjuk ajar. Bahan: Hirisan kulit lemon Kulit kayu manis Oat Serbuk kopi Beras Jintan Daun pandan Gliserin Acuan getah Cara membuat: 1. Panaskan gliserin menggunaka­n kaedah pemanasan berlapis. 2. Tumbuk bahan-bahan kasar atau kisar hingga halus. 3. Taburkan bahan mengikut jenis dalam acuan. 4. Selepas gliserin mencair sekata, tuang sedikit dalam acuan. 5. Tabur bahan sama di bahagian tengah. 6. Penuhkan acuan dengan cecair gliserin. 7. Biarkan sejuk pada suhu bilik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia