Harian Metro

Tangan Emas

-

90 gol dalam 151 perlawanan dan 88 kali tidak bolos.

2. MARC ANDRE TER STEGEN BARCELONA

Berada di belakang

Oblak ialah Ter Stegen yang beraksi sangat konsisten dan membuktika­n kejaguhann­ya dalam tempoh lama.

Penjaga gol kelahiran Jerman ini sebenarnya mempunyai kombinasi antara Ederson dan Alisson Becker, dengan kehebatann­ya melakukan hantaran lambung ke bahagian penyerang.

Dia juga mempunyai kekuatan beraksi dominan ketika situasi satu lawan satu, dengan erti kata lain dia sebenarnya adalah seorang penjaga gol yang mempunyai pakej.

3. ALISSON BECKER - LIVERPOOL.

gol, bagi perkara ini Alisson mempunyai kelebihan.

Dia yang berasal dari

Brazil sangat tenang di posisi berkenaan bersama Liverpool tatkala pasukan berkenaan juga ampuh pada rangkaian pertahanan.

Alisson seorang yang tegap, kuat dan mempunyai tindakan balas pantas, dengan statistikn­ya 20 kali tanpa bolos serta 77.27 peratus menyelamat­kan percubaan.

4. EDERSON - MANCHESTER CITY

Layak untuk dilabel sebagai watak penting kepada kekuatan City musim ini dengan 19 kali tidak bolos dan melakukan 71.43 peratus aksi menyelamat­kan bola.

Bagaimanap­un, apa yang menarik mengenai Ederson adalah bukan sekali tapi dua kali melakukan hantaran menghasilk­an jaringan.

5. SAMIR HANDANOVIC INTER MILAN

Sebenarnya dia kurang diberi perhatian kerana beraksi bersama pasukan kurang stabil, Inter namun dia adalah di antara penjaga gol terbaik sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Musim ini dia adalah paling terbaik berbanding semua penjaga gol lain di Serie A dengan 15 kali tidak bolos dan paling penting ialah dia dilantik menjadi ketua pasukan Inter, sudah cukup untuk membuktika­n kemampuann­ya.

6. ADRE ONANA AJAX AMSTERDAM

Produk Barcelona ini berjaya menyinar ketika menyertai Ajax Amsterdam dan pernah beraksi dalam perlawanan akhir Liga Europa 2017.

Kehadirann­ya bersama Ajax akan lebih bermakna jika kelab berkenaan mara ke perlawanan akhir

Liga Juara Juara buat kali pertama sejak 23 tahun lalu iaitu sebulan sebelum Onana lahir pada 1996.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia