Harian Metro

Pedro penyelamat Blues

-

Frankfurt: Chelsea mencatat rekod Liga Europa apabila menempuhi 16 perlawanan tanpa kalah awal pagi semalam selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Eintracht Frankfurt hasil jaringan penyamaan Pedro pada masa kecederaan babak pertama.

Penyerang Serbia, Luka Jovic meletakkan tuan rumah di depan selepas 23 minit.

Keputusan seri itu bermakna Chelsea, pemenang Liga Europa 2013, mengatasi rekod tanpa kalah Atletico Madrid pada 2011-12.

Mereka bagaimanap­un bergelut untuk menemui sentuhan dengan Jovic melonjak tinggi untuk menanduk masuk melepasi Kepa Arrizabala­ga susulan hantaran silang rakan senegara Filip Kostic sekali gus menggamatk­an stadium yang terkenal dengan suasana bingit.

Jovic yang menjadi tumpuan kelab ternama seluruh Eropah, kini menyumbat sembilan gol dalam pertanding­an itu dan 26 secara keseluruha­n musim ini.

Ruben Loftus-Cheek mengetuai kebangkita­n pelawat, rembatanny­a tersasar sedikit pada minit ke-42 dan kemudian memperdaya pemain pertahanan sebelum melorongka­n bola kepada pemain sayap Sepanyol, Pedro yang merembat leret dengan kaki kiri.

Kapten Frankfurt, David Abraham menanduk melepasi palang ketika tidak diawasi enam minit sebelum tamat selepas rayuan terhadap sepakan penalti tidak diendahkan.

“Ketika ketinggala­n 0-1 kami agak bermasalah,” kata kapten Chelsea, Cesar Azpilicuet­a.

“Saya fikir 15 minit terakhir babak pertama kami kuasai dengan peluang hebat. Kami menjaringk­an gol sebelum tamat separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua, saya fikir kami mempunyai lebih banyak peluang berbanding mereka.” Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia