Harian Metro

Masih belum selamat: Emery

- Reuters

London: Arsenal mungkin mengalahka­n Valencia 3-1 pada separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi semalam namun kedua-dua pengurus percaya perlawanan itu masih seimbang.

Dua gol Alexandre Lacazette dan jaringan lewat Pierre-Emerick Aubameyang memberikan tuan rumah kelebihan selepas Mouctar Diakhaby membantu kelab Sepanyol itu mendahului pada awal permainan.

Namun jurulatih Arsenal, Unai Emery jelas masih berhati-hati mengenai peluang pasukannya layak ke final di Baku bulan ini menjelang aksi kedua di Stadium Mestalla,

Valencia, minggu depan.

“Keputusan yang bagus, tapi aksi kedua pasti amat sukar dan mungkin berbeza. Saya menganggap­nya masih 50-50,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

“Mereka pasti berasa kuat dengan kehadiran penyokong sendiri di sana.”

Pengurus Valencia, Marcelino turut bersetuju.

“Saya tidak fikir mana-mana penyokong Valencia berasakan mereka lebih kuat berbanding kami. Kami teruja dan optimis. Jika kami mendapat sokongan padu penyokong dan semuanya berjalan lancar, kami boleh menang minggu depan,” katanya.

Arsenal dibelenggu beberapa persembaha­n buruk di luar Emirates musim ini dan mereka sudah melepaskan 10 gol dalam empat perlawanan terakhir bagi semua pertanding­an.

Begitupun, Emery berkata, beliau tidak sabar kembali ke Mestalla, selepas mengemudi Valencia menduduki tangga ketiga La Liga di belakang Barcelona dan Real Madrid bagi tiga musim berturut-turut dari

2010 hingga 2012.

“Saya mahu menikmati permainan di sana, dengan pemain dan penyokong kami.

Ia pasti satu suasana sukar,” katanya.

“Kami akan bersiap sedia bagi perlawanan ini memikirkan untuk menang, berfikir untuk menjaringk­an gol, memikirkan untuk mencipta detik kami ketika menyerang, tapi ia bergantung,” katanya sambil mengangkat bahu. Reuters

London

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang meledak gol penting pada babak akhir perlawanan untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Valencia awal pagi semalam, sekali gus memberi kelegaan buat pasukannya melangkah separuh akhir kedua Liga Europa di Sepanyol, minggu depan.

Alexandre Lacazette menyumbat dua gol pada babak pertama (minit ke-18 dan 26) selepas Mouctar Diakhaby mengejutka­n penonton di Stadium Emirates, London dengan gol menerusi tandukan (m-11) untuk membantu Valencia berada di depan.

Perlawanan itu masih seimbang sebelum rembatan voli penyerang Gabon, Aubameyang pada minit ke-91 membantu pasukannya menguasai menjelang aksi kedua di gelanggang Valencia, Mestalla.

Pasukan kendalian Unai Emery perlu lebih mantap berbanding apa yang mereka lakukan di gelanggang lawan sepanjang musim ini, jika mereka mahu layak ke final di Baku dan kemungkina­n

bertemu musuh setempat London, Chelsea.

Chelsea seri 1-1 di laman lawan pada separuh akhir pertama menentang Eintracht Frankfurt.

Arsenal, yang terkandas pada separuh akhir Liga Europa tahun lalu, kalah tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut untuk jatuh ke tangga kelima carta dengan baki dua perlawanan sekali gus menyukarka­n harapan mereka layak ke Liga Juara-Juara menerusi penamat kelompok empat teratas.

Namun Emery mempunyai hubungan istimewa dengan Liga Europa sesudah menjulangn­ya tiga kali berturut-turut bersama Sevilla dan merangkul trofi buat kali pertama bersama Arsenal kini dilihat sebagai laluan mereka ke pertanding­an elit itu.

“Kami sedar ia pasti sengit (di Valencia) jadi sudah tentu mendapat banyak gol sebagai bekalan lebih bagus buat kami,” kata Lacazette, yang sepatutnya meledak hatrik.

“Mujurlah

Auba

 ??  ?? EMERY PEDRO (kiri) jaring gol penyamaan
pada masa kecederaan babak
pertama.
EMERY PEDRO (kiri) jaring gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia