Harian Metro

‘Usah terlalu yakin’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@mediaprima.com.my

 Tracy enggan anak buah bangga diri

selaku juara Sukan SEA edisi lalu

Jurulatih bola jaring negara, Tracey Robbinson tidak mahu anak buahnya bersikap terlalu yakin apabila mereka bakal turun mempertaha­nkan emas acara itu di temasya Sukan SEA Filipina, hujung tahun ini.

Bagi beliau, sikap berkenaan mampu menjejaska­n prestasi dan boleh memakan diri jika masing-masing terlalu megah dengan status selaku juara bertahan.

Tracey yang ditemui selepas mesyuarat jawatankua­sa kerja bersama Majlis Sukan Negara (MSN) semalam berkata, banyak yang perlu dilakukan pemain jika ingin mempertaha­nkan emas yang dimenangi di temasya

sama, dua tahun lalu.

“Sikap yakin itu tidak baik untuk diri sendiri sebaliknya mereka perlu fokus kepada latihan. Mereka perlu berusaha keras kerana yang penting adalah memantapka­n mutu permainan.

“Banyak yang harus dilakukan dan diperbaiki. Perancanga­n teliti perlu ada dan latihan akan tetap diteruskan di bulan puasa nanti,” katanya.

Antara pencabar utama negara di temasya dwitahunan itu nanti sudah pastinya Singapura yang ingin membalas dendam kekalahan dua tahun lalu.

Berdasarka­n ranking semasa, Singapura ketika ini mendahului pasukan negara apabila menghuni ranking ke-24 dunia berbanding Malaysia di tangga ke-26 namun bukan satu yang mustahil untuk menewaskan pasukan jiran itu di Sukan SEA nanti.

Tegas Tracey, beliau memanggil beberapa muka lama dan baharu untuk diserapkan ke dalam program latihan kerana yakin kombinasi itu mampu mencetuska­n mutu permainan yang lebih mantap.

“Beberapa pemain baharu dipanggil untuk bersama di dalam skuad. Mereka akan bersama dalam program latihan bersama skuad sedia ada.

“Gabungan pemain lama dan baharu itu juga antara usaha yang dilakukan bagi memantapka­n barisan pemain dan bakal diuji Julai depan apabila menyertai kejohanan jemputan lima penjuru nanti,” katanya.

 ??  ?? SKUAD bola jaring cemerlang pada Sukan SEA lalu.
SKUAD bola jaring cemerlang pada Sukan SEA lalu.
 ??  ?? TRACEY bersama Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib.
TRACEY bersama Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia