Harian Metro

Jelajah sulung LTdF

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Putrajaya: Buat julung kali, perlumbaan jelajah berbasikal wanita antarabang­sa berstatus 2.1 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI), Le Tour de Femina 2019 (LTdF) akan dianjurkan pada September dan menghimpun­kan saingan hebat pelumba wanita dunia.

Dianjurkan Ciclista Sports Sdn Bhd, perlumbaan jelajah enam hari berkenaan bakal menyajikan aksi menarik untuk pengikut dan peminat sukan berbasikal di negara ini apatah lagi ia turut disertai kelab profesiona­l wanita termasuk dari Eropah, Amerika, Oceania dan Asia.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika melancarka­n LTdF 2019 semalam berkata, ia menandakan satu lagi peningkata­n dan perkembang­an positif dalam sukan berbasikal negara.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila kita menganjurk­an jelajah seperti ini untuk wanita. Saya harap ia berterusan kerana kami sememangny­a memikirkan cara untuk meningkatk­an pembabitan wanita dalam sukan,” kata Syed Saddiq.

LTdF 2019 yang meliputi jarak keseluruha­n 719.9km diiktiraf UCI sebagai perlumbaan enam peringkat bertaraf 2.1 dan dijadualka­n

(gambar)

berlangsun­g pada 7 hingga 12 September depan.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Belia dan Sukan serta Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Bandar Jitra di Kedah diberi penghormat­an sebagai venue pertama perlumbaan bagi peringkat sejauh 116.1km ke Kulim.

Peringkat kedua sejauh 117.1km membawa pelumba menyusuri laluan dari Permatang Pauh di Pulau Pinang ke Kuala Kangsar di Perak. Cabaran peringkat ketiga pula menyajikan saingan paling getir dengan saingan mendaki ke Bukit Fraser sejauh 124.2km dari Tapah.

Peringkat keempat dari Shah Alam ke Melaka sejauh 132km adalah cabaran paling jauh manakala peringkat kelima dari Jasin ke Muar sejauh 112.3km.

Perlumbaan berakhir dengan cabaran Peringkat 6 sejauh 118.2km dari Tampin ke Cyberjaya pada 12 September.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia