Harian Metro

Atlet OKU wajar diiktiraf sepenuhnya

- Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Meskipun melakar beberapa catatan yang sangat membanggak­an, atlet kelainan upaya (OKU) seolah-olah masih belum diterima secara menyeluruh dalam arus sukan perdana negara.

Perkara itu diakui Setiausaha Kehormat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Siti Zaharah Abdul Khalid ketika diminta mengulas mengenai Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) yang terpaksa meminta derma untuk tabung kebajikan atlet paralimpik di Perlis.

“Untuk maklumat semua, PESRON adalah badan bukan kerajaan dan mereka perlu bijak mencari dana sendiri untuk pembanguna­n sukan OKU negeri. Setahu saya, PESRON tidak mempunyai peruntukan tetap untuk pembanguna­n sukan OKU di peringkat akar umbi dan malangnya kebanyakan majlis sukan negeri masih tidak mengiktira­f atlet OKU sebagai atlet di dalam program majlis sukan negeri itu sendiri,” katanya.

Siti Zaharah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang atlet OKU mengharapk­an derma orang ramai untuk tabung kebajikan atlet OKU di Perlis baru-baru ini.

Beliau berkata, layanan dan situasi yang diterima atlet OKU tidak sama dengan atlet biasa malah MPM sendiri tidak mendapat bantuan yang sama seperti Majlis Olimpik Malaysia (OCM) atau persatuan sukan lain.

Ia adalah kenyataan yang perlu diterima kerana itulah realiti membabitka­n atlet OKU di negara ini.

“MPM bagaimanap­un berusaha untuk membantu semua atlet OKU. Ada banyak lagi perjuangan yang perlu dilakukan oleh MPM. Kami cuba yang terbaik,” katanya.

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) tampil dengan reaksi pantas dalam usaha menggilap bakat ‘Usain Bolt Malaysia’, Muhammad Azeem Mohd Fahmi apabila memberikan tiga pilihan kepada jaguh pecut remaja itu.

Atlet berusia 15 tahun berkenaan diberikan pilihan sama ada mahu menjalani latihan di luar negara, berpindah ke Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil atau kekal di Perak.

“Bagi ‘Usain Bolt’ kita, KBS sudah merancang tiga pilihan kepadanya. Saya bertemu Azeem dan jurulatihn­ya,

Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah minggu lalu serta menyuaraka­n tiga pilihan iaitu dihantar menjalani latihan ke luar negara atau ke MSN Bukit Jalil supaya kami dapat memberi bantuan penuh termasuk dalam aspek sains sukan.

“Namun, sekiranya Azeem masih mahu kekal di Perak, kita tetap memberikan bantuan kepadanya. Terpulang kepada dia untuk membuat keputusan kerana saya dijangka mendapat jawapan daripada pihaknya dalam tempoh seminggu

 ??  ?? AZEEM mampu lonjak nama negara jika diberi peluang tingkat kemampuan diri.
AZEEM mampu lonjak nama negara jika diberi peluang tingkat kemampuan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia