Harian Metro

TMJ angkat standard Liga-M: Figo

-

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Portugal, Luis Figo mengakui standard Liga Malaysia (Liga-M) semakin baik di bawah kepemimpin­an Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memegang jawatan selaku Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Katanya, ketegasan MFL dalam memastikan setiap peraturan diikuti oleh pasukan harus disambut baik dan cuba mengelak daripada melemparka­n kritikan yang mampu melemahkan pengurusan badan penganjur liga tempatan itu.

Beliau yang bersahabat baik dengan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut melabel Tunku Ismail sebagai ‘Bapa Permodenan Bolasepak Malaysia’.

“Saya ada terbaca ‘posting’ kurang baik mengenai kritikan pihak tertentu yang mempertika­i kredibilit­i Tunku Ismail dan juga MFL yang diterajuin­ya menerusi laporan berita

‘online’.

“Lalu saya terus menghubung­i Tunku

Ismail di mana saya memberikan kata-kata semangat kepada beliau. Pada saya, jika anda mahu liga menjadi lebih baik, kelab perlu mengikuti semua keperluan dan peraturan.

“Apa yang dilakukan Tunku Ismail adalah betul dan berada dalam landasan tepat. Jika kelab tidak mematuhi peraturan dan keperluan liga, liga tidak akan bertambah baik,” katanya.

Jelas pemenang anugerah Ballon d’Or pada 2000 itu, kesungguha­n dan kerja keras Tunku Ismail ketika mempromosi nama Liga-M di seluruh dunia menarik perhatiann­ya dan menggesa pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu diberi penghargaa­n.

“Tunku juga meletakkan penanda aras yang begitu realistik dengan menjadi pemacu utama kepada kelab-kelab lain apabila membawa wakil Malaysia ke arena antarabang­sa Asia seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL) buat julung kalinya dan saya percaya pasukan lain juga boleh melakukann­ya jika terus berusaha,” kata bekas pemain Barcelona dan Real Madrid itu.

 ??  ?? FIGO anggap TMJ sebagai ‘Bapa Permodenan Bolasepak Malaysia’.
FIGO anggap TMJ sebagai ‘Bapa Permodenan Bolasepak Malaysia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia