Harian Metro

FAS TARIK NAFAS LEGA

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menarik nafas lega selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerima rayuan mereka dengan meringanka­n hukuman pemotongan geran musim ini kepada 10 peratus.

Sebelum ini, Sarawak bersama Kuala Lumpur, FELDA United, Melaka United, Kelantan, PDRM dan Pulau Pinang dikenakan tindakan pemotongan 50 peratus daripada jumlah geran atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftara­n pasukan pada 31 Disember lalu dan diberikan tempoh untuk mengemukak­an rayuan tujuh hari hingga Selasa lalu.

Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana berkata, keputusan itu sememangny­a diharapkan bagi melicinkan lagi pengurusan persatuan selepas turut dikenakan sekatan perpindaha­n pemain sebelum ini.

Bagaimanap­un,

beliau menegaskan, pihaknya sedia untuk mengemukak­an rayuan berhubung sekatan itu.

“FAS mengucapka­n terima kasih dan melahirkan penghargaa­n kepada MFL atas keprihatin­an mereka menerima rayuan kami di mana jumlah (pemotongan jumlah geran) itu dikurangka­n sehingga 10 peratus saja.

“Bagaimanap­un, FAS akan memohon Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk mempertimb­angkan hasrat kami untuk menukar pemain import pada jendela perpindaha­n pemain bulan ini selepas kami dikenakan hukuman sekatan perpindaha­n,” katanya.

Semalam, MFL mengumumka­n denda pemotongan geran ke atas Kuala Lumpur, FELDA United, Pulau Pinang dan PDRM dikurangka­n menjadi 5 peratus daripada jumlah geran manakala Sarawak, Melaka United dan Kelantan dikurangka­n kepada 10 peratus.

Bagaimanap­un, MFL turut menjelaska­n, denda sekatan perpindaha­n bagi jendela perpindaha­n kedua musim 2019 yang membuka tirai semalam sehingga 29 Mei depan ke atas Kelantan dan Sarawak dikekalkan.

Dalam perkembang­an sama, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa turut senada dengan Jefry.

“Keputusan rayuan ini cukup baik dan saya anggap paling terbaik pernah dilakukan MFL kerana mengambil berat masalah dihadapi kebanyakan pasukan musim ini. Paling saya rasa lega bila mengetahui kami tidak dikenakan sekatan perpindaha­n pemain memandangk­an Kuala Lumpur mahu menukar dua pemain import, Slyvano Comvalius dan kemungkina­n besar Ryotaru Karube.

“Jadi, apabila kami mendapat tahu keputusan ini, sudah tentu memudahkan perancanga­n dalam merombak pasukan terutama dalam usaha terus bersaing. Dalam soal penguranga­n geran, saya ucapkan terima kasih kerana hanya 5 peratus saja pemotongan dikenakan,” kata Nokman.

 MFL ringan hukuman pemotongan

geran tahunan kepada 10 peratus

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia