Harian Metro

Red Giants himpit JDT, Pahang

-

Kuala Lumpur: Kebangkita­n Selangor dalam lima aksi terakhir Liga Super menyaksika­n mereka kini berada pada kelompok tiga teratas dan pertemuan dengan Melaka United di Stadium Shah Alam malam ini perlu digunakan sebaiknya bagi mengukuhka­n kedudukan.

Pengendali Red Giants, B Sathianath­an berkata, momentum kemenangan perlu diteruskan anak buahnya yang ketika ini mengejar dua pasukan teratas iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang.

Malah, berdasarka­n rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat pada pusingan pertama, Selangor berjaya mengumpul tiga mata susulan kemenangan 4-3.

“Selangor tidak boleh terlalu yakin untuk mengalahka­n Melaka kerana mereka juga sudah bangkit dalam

(gambar)

beberapa aksi liga. Apa yang penting, kami perlu tenang dan berikan fokus sepenuhnya. Jangan lakukan sebarang kesilapan mudah yang membolehka­n lawan mendapat mata mudah.

“Apatah lagi pemain seperti Safiq Rahim dan Casagrande amat bahaya. Tumpuan hanyalah kemenangan untuk memastikan momentum itu kekal dan terus menekan kelompok atasan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Dalam pada itu, bekas pengendali kebangsaan itu mengaku bakal kehilangan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan dan mengumpul kad kuning serta kad merah sebelum ini.

“Ini peluang buat pemain yang jarang beraksi memperagak­an aksi mereka. Saya optimis ketiadaan pemain utama mampu ditampung sebaiknya dan cuba memburu kemenangan di depan penyokong sendiri,” katanya.

Tambah Sathianath­an lagi, beliau mengharapk­an sokongan padu ‘pemain ke-12’ dalam aksi itu bagi menaikkan motivasi pemain sepanjang 90 minit perlawanan .

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia