Harian Metro

Irfan mahu anak buah benam PKNP FC LEBAR SAYAP KE JEPUN

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim

menuntut anak buahnya bangkit melakar kemenangan apabila bertemu PKNP FC pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Manjung, Perak, malam ini.

Irfan yang terpaksa menelan kepahitan selepas anak buahnya dimalukan 1-2 di laman sendiri oleh PKNP, April lalu, turut menggesa pemainnya supaya mempamer disiplin tinggi selain beraksi sebagai satu pasukan.

“Kekalahan kita kepada PKNP di sini (Stadium Sultan

(gambar)

Ismail Nasiruddin Shah) cukup mengecewak­an. Ini kerana lawan menang bukan kerana bermain lebih baik tetapi kami tewas kerana silap sendiri.

“Justeru, untuk aksi malam esok (ini), kami tiada pilihan kecuali perlu mengutip mata di tempat lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas pemain kebangsaan itu menuntut pemainnya lebih yakin ketika beraksi serta selesa dengan bola dan bukannya tertekan apabila diasak pemain lawan.

“Jika corak permainan sama ditampilka­n sebagaiman­a ketika menundukka­n Pahang, Rabu lalu, peluang buat kami untuk mengutip mata pasti cerah.

“Namun begitu, semua pasukan yang beraksi dalam saingan liga adalah kuat dan mempunyai kelebihan tersendiri tetapi jika pemain yakin dan selesa menguasai bola, kita pasti mampu mengejutka­n lawan di laman mereka,” kata Irfan Bakti.

Hasrat untuk melihat lebih ramai anak Malaysia beraksi di Liga Jepun (J-League) mungkin menjadi kenyataan apabila pengerusi liga berkenaan, Mitsuru Murai

sedia membuka pintu buat pemain dari Asean beraksi di negara Matahari Terbit itu.

Ketika ini, hanya tonggak tengah Thailand, Chanathip Songkrasin yang berjaya beraksi di saingan utama JLeague bersama kelab Consadole Sapporo dan kehadiran pemain itu nyata membuka mata ramai pihak terutama pencari bakat di Jepun yang sedar dengan kualiti pemain rantau ini.

Jelas Mitsuru, pemain muda Malaysia juga memiliki bakat yang boleh diketengah­kan dan sesuai beraksi dengan mana-mana kelab khususnya di liga satu negara terbabit.

“Ia langkah ke depan yang harus disambut baik demi merancakka­n industri bola sepak

Asia Tenggara mahupun liga

Jepun,” katanya yang tertarik dengan langkah Liga Korea Selatan (K-League) apabila buat pertama kalinya membenarka­n setiap kelab mempunyai lima import termasuk kouta Asean bermula musim ini.

“Apabila kita membuka pintu untuk pemain import dari rantau ini (Asean), ia bukan saja dapat mengembang­kan bakat pemain-pemain malah ia turut membuka jalan

(gambar)

buat jenama J-League dipasarkan di sini.

“Kami menyambut baik dan akan memikirkan strategi untuk meningkatk­an kualiti J-League, sekali gus dapat menarik pemain dari Malaysia mencuba nasib dengan kelab di Jepun,” katanya ketika ditemui pada Persidanga­n Bolasepak Dunia Asia (WFSA), baru-baru ini.

Ketika ini, penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul pemain pertama yang beraksi secara tetap di liga divisyen dua Jepun iaitu bersama kelab Fagiano Okayama.

Pada 2013, dua pemain kebangsaan, Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim pernah mencuri tumpuan apabila beraksi bersama FC Ryukyu yang bermain dalam liga Japan Football League (JFL) iaitu sebuah liga semi profesiona­l.

Sementara itu, Mitsuru mengaku kagum dengan transforma­si Liga Malaysia dan percaya ia mampu dikembangk­an sehingga menjadi setaraf dengan liga terkemuka benua Asia.

“Berdasarka­n sambutan penyokong, Malaysia mempunyai potensi cukup luas dan besar untuk muncul antara liga terbaik di Asia. Apa yang dilakukan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) saya kira amat baik dan proses perubahan itu perlu konsisten untuk tempoh yang panjang sebelum meraih keputusan,” katanya.

Sebelum ini, tiga pemain daripada skuad bawah 23

tahun

 J-League buka peluang buat pemain Malaysia

(B-23) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee iaitu Azam Azih, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid mendapat perhatian beberapa kelab ternama Korea Selatan dan Jepun susulan kejayaan pasukan layak ke peringkat suku akhir saingan AFC B-23 di China, Januari tahun lalu.

Biarpun ketika itu Malaysia kecundang 1-2 kepada Korea Selatan, persembaha­n anak buah Kim Swee nyata mencuri perhatian peminat bola sepak seluruh Asia dengan ada yang bersedia untuk menawarkan kontrak kepada mereka.

 ??  ?? SONGKRASIN pemain Thailand yang menyerlah di J-League.
SONGKRASIN pemain Thailand yang menyerlah di J-League.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia