Harian Metro

GUNA BENIH PADI KUALITI

- Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

Jabatan Pertanian Sabah menggalakk­an petani supaya menggunaka­n benih padi bermutu tinggi untuk mengusahak­an sawah padi sekaligus dapat meningkatk­an pendapatan keluarga dan ekonomi negara.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, Dr Daud Yusof berkata, projek pengeluara­n benih padi bermutu tinggi yang dilaksanak­an Jabatan Pertanian itu menjamin kualiti

Usahakan sawah, tingkatkan pendapatan

bagi memenuhi piawan ditetapkan dalam MS ISO 2001 : 2015.

“Industri tanaman padi amat penting terutama di Pusat Penyelidik­an Pertanian (ARC). Hasil penggunaan benih berkenaan seperti TR8 dan TR9 mampu menghasilk­an padi sehingga 7 tan sehektar.

“Proses pembesaran padi juga cepat matang ia boleh ditanam tiga kali setahun. Selain itu, benih ini juga tahan persekitar­an seperti kemarau dan mampu mengelak pelbagai peyakit atau serangga perosak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penuaian Benih Padi Skim Pengeluara­n Benih padi di Kampung Tanjung Batu, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Japlin Akim, Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam dan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembanguna­n) Sabah, Dzulkifli Ghulamdin.

Terdahulu, pada majlis berkenaan, seramai 18 petani mengikut yang menyertai Skim Pengeluara­n Benih menerima Sijil dan bantuan benih padi bermutu tinggi.

Dr Daud berkata, kesedaran petani terhadap penggunaan benih padi bermutu tinggi ketika ini masih pada tahap rendah khususnya di daerah Kota Belud, Tenom dan Papar.

“Disebabkan itu, pengeluara­n benih padi Jabatan Pertanian melalui loji pemprosesa­n benih padi adalah rendah iaitu sekitar 25 peratus sehingga 30 peratus sahaja setahun berbanding keperluan benih padi Sabah iaitu 3,000 sehingga 3,200 tan atau setahun.

“Sehubungan itu, Jabatan Pertanian Daerah selaku Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pertanian Daerah (JPPD) perlu menggalakk­an petani menggunaka­n Benih Padi Bermutu Tinggi,” katanya.

 ??  ?? DR Daud hadir pada Majlis
Perasmian Penuaian Benih Padi Skim Pengeluara­n Benih Padi di Kampung Tanjung Batu, Kota Belud.
DR Daud hadir pada Majlis Perasmian Penuaian Benih Padi Skim Pengeluara­n Benih Padi di Kampung Tanjung Batu, Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia