Harian Metro

Kolej SIDMA sertai UNIRAZAK

-

Kota Kinabalu: Kolej SIDMA yang berpangkal­an di Kota Kinabalu secara rasmi mengumumka­n penyertaan sebagai kolej serantau UNIRAZAK bagi Kota Kinabalu dan Kuching, Sarawak.

Perjanjian yang dimeterai semalam ini turut menyaksika­n pengumuman UNIRAZAK berhubung pemberian biasiswa untuk pelajar berkelayak­an bernilai RM215,000.

Selain itu, UNIRAZAK turut mengumumka­n tajaan sebanyak RM120,000 untuk tiga pemenang utama pertanding­an Unduk Ngadau (ratu cantik) sempena Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK, Amil Izham Hamzah berkata, penyatuan semula antara Kolej SIDMA dan UNIRAZAK sebagai rakan kongsi adalah sebahagian daripada matlamat dan strategi untuk memperkuku­hkan kedudukann­ya di luar semenanjun­g

Katanya, kerjasama strategik dan efektif itu memberi peluang kepada pelajar tempatan di kedua negeri ini untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana UNIRAZAK.

“Sebahagian

Malaysia.

daripada permulaan, UNIRAZAK menyediaka­n biasiswa penuh kepada lima pelajar cemerlang. Tajaan ini membuktika­n komitmen dan usaha UNIRAZAK terhadap kerjasama selain menghargai bakat dan dedikasi pelajar Kolej SIDMA,” katanya.

 ??  ?? AMIL Izham (empat dari kanan) menyerahka­n replika cek tajaan kepada Penaung Jawatankua­sa Unduk Ngadau, Datuk Juil Nuatim.
AMIL Izham (empat dari kanan) menyerahka­n replika cek tajaan kepada Penaung Jawatankua­sa Unduk Ngadau, Datuk Juil Nuatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia