Harian Metro

SELAMAT UNTUK PULANG

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Penghuni flat Taman Keramat Permai yang retak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing

“Ketika hanya tinggal beberapa hari lagi berpuasa, kami dibenarkan pulang selepas kediaman disahkan selamat untuk didiami semula. Ini rahmat Ramadan,” luah suri rumah, Naseri Abdul Raif, 49.

Beliau antara 222 penghuni yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat di sini, selepas pangsapuri Blok F Taman Keramat Permai yang didiami mereka mengalami keretakan serius sejak 26 April lalu.

Menurutnya, jika sebelum ini sambutan Ramadan meriah kerana pelbagai masakan dapat disediakan untuk ahli keluarga namun tahun ini suasana agak berbeza kerana keadaan rumah yang bermasalah.

“Ramadan kali ini berlainan kerana kami menjalani ibadah puasa dalam keadaan kebimbanga­n kerana keadaan rumah yang belum pulih sepenuhnya, namun gembira kerana dapat menjalani ibadah puasa di rumah.

“Saya sekeluarga bersyukur selepas menerima perkhabara­n penduduk dibenarkan pulang, esok. Bagaimanap­un kerja pembaikan akan diteruskan kontraktor,” katanya di Dewan Serbaguna Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Keramat

di sini, semalam.

Dewan Serbaguna berkenaan kini menjadi pusat pemindahan sementara 30 keluarga sehingga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, sebaik struktur bangunan disahkan selamat.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Zahir Ikmal Saiful Kamal, 27, berkata, pihak berwajib diharap memastikan keretakan yang berlaku pada struktur bangunan pulih untuk jangka masa panjang.

Katanya, keretakan mula dikesan sejak beberapa tahun lalu namun semakin serius pada hari mereka diarahkan berpindah selepas penduduk menghubung­i bomba untuk tindakan lanjut.

“Saya menyewa dan tidak berdepan masalah jika kejadian sama berulang kerana boleh mencari rumah lain untuk disewa. Namun bagi penduduk yang membeli rumah berkenaan, ia menjadi beban kepada mereka jika kejadian berulang.

“Pihak berwajib perlu memastikan pembaikan dilaksanak­an mengikut spesifikas­i yang ditetapkan supaya ia tidak menimbulka­n kegelisaha­n dalam kalangan penduduk,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NASERI (kiri) yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Keramat bersyukur dibenarkan pulang ke kediaman mereka semula.
NASERI (kiri) yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna MPAJ AU2, Keramat bersyukur dibenarkan pulang ke kediaman mereka semula.
 ??  ?? MOHAMAD Zahir Ikmal
MOHAMAD Zahir Ikmal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia