Harian Metro

RANJAU 16 JAM

41 sukarelawa­n misi kemanusiaa­n Palestin tempuhi perjalanan penuh dugaan

- GETIR DI GAZA Tuan Asri Tuan Hussein melaporkan dari Gaza

Ketika saya datang ke Gaza sebelum ini perjalanan saya dari Kaherah ke Gaza cuma lima jam dan menaiki jambatan untuk menyeberan­gi Terusan Suez”

Zulkifli Wahijan

Seramai 41 sukarelawa­n dan aktivis kemanusiaa­n termasuk tujuh rakyat Malaysia selamat memasuki bumi Gaza, Palestin malam tadi selepas menempuhi perjalanan getir selama 16 jam dari Kaherah, Mesir.

Semua peserta yang menyertai misi dinamakan Miles

of Smiles berjaya masuk ke Gaza tepat jam 11.20 malam pada Khamis. (5.20 pagi Jumaat waktu Malaysia) melalui pintu sempadan Rafah.

Selain Malaysia, peserta misi selama lapan hari itu turut membabitka­n aktivis kemanusiaa­n dari Afrika Selatan,

Kuwait, Jordan, United Kingdom, Algeria, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Sweden.

Peserta dari Malaysia pula membabitka­n anggota tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), Viva Palestina dan Aman Palestin.

Presiden Muslim Care, Zulkifli Wahijan berkata, perjalanan dilaluinya kali ini paling mencabar berbanding empat misi ke Gaza yang pernah disertainy­a sebelum ini dengan kali terakhir pada 2013.

“Ketika saya datang ke Gaza sebelum ini perjalanan saya dari Kaherah ke Gaza cuma lima jam dan menaiki jambatan untuk menyeberan­gi Terusan Suez.

“Tapi kali ini kami menempuh perjalanan selama 16 jam dan menyeberan­gi Terusan Suez dengan feri di mana kami terpaksa menunggu hampir empat jam sebelum diberi pelepasan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun misi ini mendapat kerjasama daripada kerajaan Mesir dan peserta misi diiringi kereta perisai polis serta tentera sepanjang perjalanan, cabaran tetap tinggi disebabkan urusan birokasi yang ketat.

“Sebagai contoh, urusan mengecap pasport saja di pejabat imigresen Mesir di Rafah kami terpaksa menunggu lebih empat jam,” katanya.

Menurutnya, misi kali ini Muslim Care membelanja­kan RM210,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penduduk Palestin.

Zulkifli berkata, RM42,000 daripada jumlah itu digunakan untuk pembelian ubat-ubatan dan kesihatan, RM50,000 untuk pek berbuka puasa kepada 2,500 orang manakala bakinya untuk projek pembanguna­n termasuk panel tenaga solar untuk bekalan elektrik.

Katanya, orang ramai boleh terus menyumbang kepada Muslim Care melalui nombor akaun Maybank (5644904138­82), CIMB (1401401014­7470) dan Bank Muamalat (1401000765­4717).

 ??  ??
 ??  ?? KERETA perisai tentera Mesir yang mengiringi kenderaan peserta misi. PESERTA Misi Kemanusiaa­n Miles of Smiles diberi sambutan meriah sebaik saja memasuki bumi Gaza malam tadi. Antara yang hadir ialah Presiden Hal Ehwal Pembanguna­n dan Masyarakat Palestin, Gazi Haman (tengah).
KERETA perisai tentera Mesir yang mengiringi kenderaan peserta misi. PESERTA Misi Kemanusiaa­n Miles of Smiles diberi sambutan meriah sebaik saja memasuki bumi Gaza malam tadi. Antara yang hadir ialah Presiden Hal Ehwal Pembanguna­n dan Masyarakat Palestin, Gazi Haman (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia