Harian Metro

BUNG, ZIZIE DIDAKWA RASUAH

Bung Moktar, Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan rasuah, bersubahat

- Sarah Zulkifli dan Nor Azura Abdul Jalil am@hmetro.com.my

Ahli Parlimen Kinabatang­an, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, pelakon Datin Seri Zizie Izette masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tiga pertuduhan rasuah dan bersubahat berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n Berhad (Felcra) bernilai RM2.8 juta.

Bagaimanap­un, Bung Moktar, 60, dan Zizie Izette, 41, atau nama penuhnya Zizie Izette A Samad mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob dan Hakim Azura Alwi.

Di hadapan Rozina, Bung Moktar dalam pertuduhan pertamanya didakwa sebagai ejen kepada Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra (ketika itu) memperoleh suapan RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette.

Suapan itu sebagai upah untuk mendapatka­n kelulusan daripada Menteri Kewangan II bagi Felcra membuat pelaburan RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi pertuduhan kedua pula, Bung Moktar didakwa memperoleh suapan RM262,500 daripada Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund atas nama Zizie Izette sebagai upah untuk mendapatka­n kelulusan daripada Menteri Kewangan II bagi Felcra membuat pelaburan RM150 juta bagi menyertai produk

unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi pertuduhan terakhir, Bung

Moktar didakwa memperoleh suapan RM337,500 daripada seorang lagi ejen Public Mutual Berhad melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund atas nama isterinya.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, di sini, antara 12 hingga 19 Jun 2015.

Dakwaan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di hadapan Azura, Zizie Izette didakwa atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Bung Moktar membabitka­n perbuatan dan jumlah wang yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) yang memperuntu­kkan hukuman sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar menawarkan ikat jamin RM100,000 masing-masing kepada tertuduh selain syarat pasport milik pasangan itu diserahkan kepada mahkamah.

Dalam prosiding itu, tiada bantahan dikemukaka­n peguam Datuk K Kumaraendr­an yang mewakili kedua-dua tertuduh.

“Kami akan membuat permohonan secara formal supaya kes dihadapi Zizie Izette dibicaraka­n bersama kes suaminya,” katanya kepada Rozina.

Azura membenarka­n permohonan pendakwaan untuk memindahka­n kes Zizie Izette ke Mahkamah Sesyen 8.

Mahkamah membenarka­n mereka diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar bersama isteri, Zizie Izette meninggalk­an Mahkamah Sesyen Kuala
Lumpur, semalam.
BUNG Moktar bersama isteri, Zizie Izette meninggalk­an Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia