Harian Metro

GERILA EKSOTIK

- lapor Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Mereka bertubuh kurus dengan ketinggian kurang 160 sentimeter tetapi tiga anggota Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhempas-pulas untuk ‘menumbangk­an’ seorang pemburu haram dari Vietnam ini. Kekuatan luar biasa dan tindakan ganas mereka termasuk menyerang dengan senjata tajam menyukarka­n usaha menewaskan geng pembunuh harimau ini yang menyelinap masuk ke hutan Malaysia,

 Perhilitan akui pemburu haram Vietnam sedia kapak anggota penguat kuasa apabila ditahan

Kuala Lumpur

Rata-rata mereka bertubuh kurus, comot dengan ketinggian kurang 160 sentimeter

Namun, kumpulan pemburu haram Vietnam terbabit dikatakan memiliki kekuatan luar biasa, yang memerlukan tiga anggota bagi ‘menumbangk­an’ setiap daripada mereka.

Itu antara faktor geng pembunuh harimau warga Vietnam sukar ditewaskan pihak berkuasa Malaysia dengan mudah ketika mereka berada di dalam hutan belantara.

Ia diakui sendiri Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang berkata, perkara itu bukan mitos, tetapi cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha menumpaska­n kegiatan jenayah pemburuan haram didalangi warga Vietnam.

“Mereka ini semakin kerap menceroboh hutan simpan negara kita secara berkumpula­n.

“Pemburu haram warga Vietnam ini mempunyai susuk tubuh kecil, namun amat ganas dan memiliki kekuatan fizikal yang sukar diterima akal.

“Bukan mudah untuk menangkap mereka kerana pemburu haram ini mampu terjun ke dalam gaung dan menghilang­kan diri sekelip mata,” katanya.

Menurutnya, penjenayah rimba ini cukup lincah dan cekap bergerak di dalam hutan.

“Malah, mereka tidak teragak-agak menyerang anggota Perhilitan menggunaka­n senjata tajam dibawa,” katanya.

Kadir berkata, pernah berlaku seorang anggota

Perhilitan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kepalanya ditetak kapak oleh pemburu haram yang cuba diberkas di Taman Negara tahun lalu.

“Anggota Perhilitan pernah diserang menggunaka­n parang oleh empat pemburu warga Vietnam di Sungai Kemuai, Taman Negara Pahang pada Oktober tahun lalu.

“Paling menyedihka­n apabila seorang anggota Perhilitan cedera parah di muka selepas diserang pemburu haram ini di Sungai Remis, Taman Negara, Pahang pada Ogos 2016,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkina­n pemburu haram Vietnam mengamalka­n kepercayaa­n mistik, memakai tangkal selain meminum air ‘kuat’ untuk berada lama di dalam hutan.

“Ini terbukti apabila dalam operasi 15 April lalu di Hulu Sungai Tersat, Taman Negara Terengganu, anggota Perhilitan terpaksa berhempas pulas untuk menumpaska­n dua suspek warga Vietnam.

“Suspek yang memburu secara haram di hutan itu terpaksa diserang hendap ketika tidur bagi mengelak mereka bertindak balas menggunaka­n senjata tajam dibawa,” katanya.

Menurutnya, berlaku pergelutan berikutan suspek enggan menyerah diri memaksa anggota Perhilitan menggunaka­n segala kudrat untuk menumpaska­n suspek.

“Mereka ini amat ganas dan akan melawan jika mahu diberkas. Malah, agak tidak masuk akal apabila mereka mampu terjun ke dalam gaung sedalam berpuluh meter ketika melarikan diri.

“Memang sukar dipercayai, namun keupayaan mereka hidup berbulan di dalam hutan membuktika­n mereka bukan calang-calang penjenayah,” katanya.

Hasil pemeriksaa­n pada sarang sulit didiami pemburu haram itu, Perhilitan menemui bahagian harimau (kuku dan taring harimau belang), barangan disyaki bahagian beruang (hempedu, taring dan kuku), bahagian disyaki babi hutan selain hidupan liar lain serta peralatan memburu.

Penjenayah dipercayai berjaya menjerat hidupan liar menggunaka­n jerat dawai yang dipasang dan sekurang-kurangnya dua harimau belang, dua harimau kumbang, tiga beruang dan 12 babi hutan berjaya dijerat.

“Semua barang kes berkenaan disita dan dibawa ke Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut, manakala sitaan turut membabitka­n pasport serta telefon bimbit milik suspek.

“Siasatan mendapati penjenayah rimba ini akan melapah dan menyembuny­ikan bahagian haiwan liar di lokasi rahsia sebelum diseludup keluar,” katanya.

Setakat ini, 68 pemburu haram Vietnam berjaya diberkas dan diambil tindakan mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Pada 6 Julai tahun lalu, empat lelaki dan dua wanita Vietnam ditahan pegawai Perhilitan selepas didapati menyimpan beberapa bahagian hidupan liar termasuk kulit, taring dan kuku harimau tanpa dokumen sah.

Suspek yang diberkas di kilang papan di Kuala Lipis Pahang adalah pemburu haram hidupan liar yang aktif membunuh harimau dan hidupan lain menggunaka­n jerat kabel.

Hasil penahanan itu, Perhilitan menemui dua kulit harimau, 20 unit kuku beruang, empat unit tanduk kambing gurun, 12 unit taring babi hutan dan 39 kilogram daging hidupan liar dianggarka­n bernilai lebih RM500,000.

 ??  ??
 ?? Abdul Kadir Abu Hashim ?? Pemburu haram warga Vietnam ini mempunyai susuk tubuh kecil, namun amat ganas dan memiliki kekuatan fizikal yang sukar diterima akal. Bukan mudah untuk menangkap mereka kerana pemburu haram ini mampu terjun ke dalam gaung dan menghilang­kan diri sekelip mata”
Abdul Kadir Abu Hashim Pemburu haram warga Vietnam ini mempunyai susuk tubuh kecil, namun amat ganas dan memiliki kekuatan fizikal yang sukar diterima akal. Bukan mudah untuk menangkap mereka kerana pemburu haram ini mampu terjun ke dalam gaung dan menghilang­kan diri sekelip mata”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia