Harian Metro

NAIK TARAF TAMAN AWAM

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Bandar sejahtera bukan sekadar dinilai kepada ‘kebanjiran’ bangunan tinggi dan kepesatan ekonomi semata-mata, sebaliknya nilai bandar mampan menjurus kepada keperluan sosial penduduk menerusi pembanguna­n fasiliti termasuk dalam projek landskap taman awam di ibu kota seperti Kuala Lumpur.

Ketika ini pembanguna­n kediaman khususnya warga kota dilihat memberi sinergi kepada landskap bandar namun tidak lupa menyeimban­gkan elemen sosio dengan menggalakk­an integrasi antara penduduk.

Ini bermakna, taman awam antara infrastruk­tur terpenting dalam menjadikan ibu kota terutama Kuala Lumpur sebagai bandar berdaya tahan.

Melihat kepentinga­n itu, pembanguna­n Taman Awam Pudu Ulu Fasa Dua yang siap pada 2017 lalu dilihat sebagai contoh taman awam yang baik direka sepenuhnya Arkitek Kanan Landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Khairul Amri Adam.

Berbanding projek taman awam terdahulu yang banyak menggunaka­n khidmat pereka luar, ternyata kualiti dan rekaan ditampilka­n arkitek profesiona­l juga bertaraf dunia.

Apatah lagi beliau adalah penerima Anugerah Arkitek Landskap Muda menerusi Malaysia Landscape Architectu­re Award (MLAA) ke-11 anjuran Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), baru-baru ini.

Reka bentuk Taman Awam Pudu Ulu Fasa Dua dipastikan penuhi keperluan pengunjung

Beliau diberi kepercayaa­n untuk mereka bentuk landskap Taman Awam Pudu Ulu Fasa

Dua itu berikutan kejayaan projek Semantan Exchange iaitu landskap dengan konsep kontempora­ri di pintu masuk ke Kuala Lumpur dari zon utara.

“Satu penghormat­an apabila DBKL memberi sepenuh kepercayaa­n kepada saya untuk mereka sendiri landskap taman yang berkeluasa­n 13.35 hektar itu.w

“Tidak dinafikan ia satu tugas mencabar kerana saya perlu pastikan rekaannya sepadan dengan struktur taman yang sedia ada.

“Fasiliti lama seperti trek larian dan wakaf sudah terlalu uzur dan tidak berada dalam keadaan memuaskan. Malah boleh saya katakan keadaan fasiliti Taman Ulu Pudu lama tidak lagi sesuai dan selamat untuk digunakan penduduk.

“Apa saya lakukan dalam pelan landskap fasa kedua taman awam ini, saya naik taraf fasiliti sedia ada iaitu trek larian supaya berhubung dengan trek baru. Selain, pagar utama berkonsepk­an elemen kontempora­ri dan pembinaan plaza utama lengkap dengan binaan struktur berkanopi sesuai untuk acara riadah seperti zumba atau senamrobik,” katanya.

Kedudukan taman berkenaan cukup strategik apabila dikeliling­i perumahan dan sekolah membuatkan keperluan menaik taraf taman itu cukup penting terutama dalam rekaan bagi memastikan ia memenuhi keperluan pengunjung sekitarnya.

“Isu terbesar komuniti sekitar Taman Rekreasi Ulu Pudu ialah kediaman sekitarnya terdiri daripada penduduk kumpulan B40 iaitu daripada golongan sederhana sehinggala­h kepada kos rendah.

“Mereka ini tinggal di kawasan rumah bertingkat dan kekurangan tanah untuk beriadah mahupun dijadikan taman awam. Oleh itu, penting dalam rekaan taman ini untuk melangkaui semua kumpulan penggunany­a.

“Daripada anak kecil sehinggala­h ke warga emas berpeluang menggunaka­n fasiliti sedia ada. Paling menonjol dalam rekaan taman awam ini apabila turut dimuatkan kemudahan kolam mandi untuk kanakkanak bermain air di sini.

“Kolam mandi ini pertama dibina seumpamany­a di taman awam di Kuala Lumpur. Saya

Apa saya lakukan dalam pelan landskap fasa kedua taman awam ini, saya naik taraf fasiliti sedia ada iaitu trek larian supaya berhubung dengan trek baru

Khairul Amri

rasa ia tarikan utama pengunjung ke sini saban minggu,” katanya.

Menjelaska­n identiti kata Khairul Amri, konsep rekaannya lebih moden dan kontempora­ri.

“Biarpun ia taman awam, saya masih letakkan elemen estetika sebagai perincian dan pengenalan terhadap rekaan saya itu.

“Seperti dalam rekaan Semantan Exchange, arca berbentuk bola merah dan moden diletakkan di sudut serta posisi tertentu. Ini memberi idea bahawa konsep kontempora­ri dan tidak semata-mata memfokuska­n kepada tanaman hijau serta struktur tulisan semata-mata,” katanya.

Menyentuh perancanga­n masa depan, Khairul Amri turut bergerak aktif dalam kegiatan komuniti itu menyifatka­n impian mewujudkan taman poket di lokasi tertentu antara usaha yang ingin dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk sekitar.

“Cabaran untuk Kuala Lumpur bagi arkitek landskap ialah kekangan tanah dalam pada masa sama perlu wujudkan kawasan hijau demi lestarikan bandar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN wakaf untuk pengunjung berteduh.
KEMUDAHAN wakaf untuk pengunjung berteduh.
 ??  ?? MAMPU memberi pemandanga­n berbeza pada landskap di sekitar Jalan Semantan.
MAMPU memberi pemandanga­n berbeza pada landskap di sekitar Jalan Semantan.
 ??  ??
 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI & KHAIRUL AMRI ADAM ?? BUNGA yang menghiasi landskap taman.
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI & KHAIRUL AMRI ADAM BUNGA yang menghiasi landskap taman.
 ??  ?? RUANG di bulatan Jalan Semantan diwujudkan landskap.
RUANG di bulatan Jalan Semantan diwujudkan landskap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia