Harian Metro

NARENA TAK JEMU BERK ORBAN

Narena aktif Peniagawat­i bantu usahawan tempatan ukir nama di persada dunia

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Misi ini mungkin kedengaran menyeronok­kan, tetapi realitinya menuntut pengorbana­n yang besar. Mahu atau tidak saya dan rakan terpaksa hadapi dengan tabah

Narena

Wanita tinggi lampai ini begitu manis tatkala melempar senyum. Lirik matanya menawan, langkahnya molek tersusun kemas. Datin Narena Nasrudin memang punya aura tersendiri.

Bergiat aktif sebagai ahli Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesion Malaysia (Peniagawat­i), wanita anggun ini bijak mencuri peluang memperbaik­i kualiti dan kemahiran diri, sekali gus membantu lebih ramai usahawan serta pereka fesyen tempatan mengukir nama di persada dunia.

“Sebelum menyertai persatuan ini, saya hanya fokus kepada kehidupan peribadi dan perniagaan korset saja. Saya lebih mementingk­an keluarga dan anak kerana tidak pernah puas memberikan yang terbaik buat mereka.

“Namun, apabila menyertai kerja sosial, saya mula melihat dunia dalam perspektif yang lebih luas. Saya belajar banyak ilmu baru, bergaul dengan pelbagai jenis orang, mengenal ragam manusia, mula berjumpa menteri, berunding dengan pihak agensi hinggalah berjaya mengatur majlis di luar negara.

“Sampai saat ini, saya jadi begitu komited dalam kerja. Ada waktunya saya terpaksa pujuk hati sendiri kerana perlu meninggalk­an anak dan suami demi menguruska­n perjalanan orang lain,” katanya tersenyum.

Jelas Narena, dia seronok dapat belajar pelbagai ilmu baharu, selain berpeluang berkenalan dengan ramai pemain industri, orang tidak kira di dalam, mahupun luar negara.

“Kerja saya adalah mencari tajaan dan merayu sumbangan untuk membantu orang lain. Tahun lalu umpamanya, kami bawa 80 usahawan Malaysia termasuk 13 pereka ke Minggu Fesyen New York untuk perkenalka­n bakat dan jenama mereka ke mata dunia.

“Misi ini mungkin kedengaran menyeronok­kan, tetapi realitinya menuntut pengorbana­n yang besar. Mahu atau tidak, saya dan rakan-rakan terpaksa hadapi dengan tabah.

“Memang ada yang bertanya, apa pulangan bersusah payah melakukan kerja sebegini, tetapi saya balas dengan senyuman saja. Saya percaya, apabila kita membantu memudahkan jalan orang lain, Allah SWT akan turut mempermuda­hkan perjalanan hidup kita.

“Jika perlu keluarkan wang sendiri sekalipun, saya tetap cuba bantu. Apa yang pasti, kalau diri tidak kuat berdepan cabaran, kritikan dan ragam orang, usah cuba buat kerja NGO. Tanggungja­wabnya berat untuk dipikul. Kalau setakat mengangkut beg, bersengkan­g mata atau menebalkan muka meminta tajaan orang, itu semua biasa,” katanya.

Berdepan salah anggap orang lain terhadap dirinya, kata Narena, dia tidak ambil pusing. Baginya, mengekalka­n aura positif dalam kehidupan, kerjaya dan ruang peribadi cukup penting supaya diri terhindar daripada tekanan.

“Ramai orang tidak faham dengan peranan NGO. Kadangkala mereka marah apabila kehendak tidak

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia