Harian Metro

PERANGI SEGALA BENTUK KETAGIHAN

-

mengenali Timbalan Dekan Fakulti Kesihatan Awam, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), Dr Ahmad Fairuz Mohamed yang masih muda.

Pada usia 36 tahun, beliau mempamerka­n kematangan apabila komited mengetuai persatuan itu meskipun sibuk dengan tugas hakiki sebagai pensyarah dan ketua jabatan fakulti di universiti swasta berkenaan.

Katanya, berpegang pada prinsip ingin menyumbang kepada masyarakat, beliau tidak pernah lihat semua gerak kerja masyarakat menerusi platform itu suatu yang membebanka­n, sebaliknya tiada istilah jemu dan sanggup bersengkan­g mata hingga ke pagi sematamata untuk memastikan pergerakan persatuan itu lancar.

“24 jam sehari yang saya ada tidak pernah mencukupi. Saya perlu bijak bahagikan tugas hakiki sebagai pensyarah dan juga ketua jabatan, selain bertanggun­gjawab pada keluarga sebagai suami dan bapa kepada tiga anak masih membesar.

“Namun itu tidak pernah menafikan peranan penting saya dalam menggerakk­an PBSHM. Untuk itu saya sanggup ketepikan keselesaan iaitu tidak menonton drama dan mengorbank­an sebahagian waktu tidur bagi berbakti pada masyarakat.

“Masyarakat ketika ini memerlukan PBSHM kerana isu sosial terutama dalam masalah ketagihan kurang kesedaran dan ramai memikirkan ia bukanlah masalah besar.

“Hakikatnya, ketagihan adalah ‘barah’ dalam masyarakat kita terutama dalam penyalahgu­naan dadah, judi, alkohol dan pornografi selain isu sosial seperti ketagihan rokok yang bermula sejak di bangku sekolah.

“Maka saya bersama rakan terpanggil untuk tubuhkan PBSHM agar isu berat mengenai ketagihan dapat ditangani sebagaiman­a aktivis Turkish Green Crescent Society (TGCS) di Turki yang sungguh komited terhadap tugas mereka.

“Malah sokongan diterima termasuk sukarelawa­n sedia berkhidmat juga ramai membantu setiap komuniti berada di sekitar negara berkenaan. Maka harapan saya ialah mahu PBSHM berkembang seperti itu di Malaysia.

“Itu antara cabaran persatuan ketika ini yang masih kurang penerimaan­nya dalam kalangan belia tempatan. Meskipun kecil, besar harapan agar persatuan ini memberi impak besar,” katanya.

Pada usia persatuan baru tiga tahun penubuhann­ya, kata Dr Fairuz, sokongan diterima daripada Internatio­nal Federation Green Crescent (IFGC) sangat besar.

“Dalam persidanga­n antarabang­sa baru-baru ini, saya mewakili Malaysia dalam persidanga­n bersama 52 wakil negara lain berkongsi isu ketagihan di negara masing-masing.

“Banyak isu diketengah­kan negara yang bersidang termasuk konflik untuk menangani masalah ada pihak yang menghasilk­an sendiri bahan ketagihan itu. Ia bukan usaha mudah.

“Setidaknya itu membuka mata bahawa saya dan rakan aktivis PBSHM perlu lebih komited kerana berbanding cabaran kami, cabaran yang dihadapi negara lain lebih besar.

“Di Malaysia saya perlu cari modul sesuai untuk dipraktikk­an selain merujuk kepada modul daripada Turki. Cabaran lain ialah jurang bahasa kerana kebanyakan modul persatuan dunia masih dalam bahasa mereka.

“Saya bersama rakan

 ??  ?? ‘CYCLING Against Addiction’ Sempena sambutan Hari Green Crescent seluruh dunia pada minggu pertama setiap Mac. BERSAMA Prof Dr Ihsan Karaman, Presiden Internatio­nal Federation of Green Crescent (IFGC).
‘CYCLING Against Addiction’ Sempena sambutan Hari Green Crescent seluruh dunia pada minggu pertama setiap Mac. BERSAMA Prof Dr Ihsan Karaman, Presiden Internatio­nal Federation of Green Crescent (IFGC).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia