Harian Metro

PERKESO PRIHATIN

-

 14 anak yatim piatu jadi anak angkat

“Sebelum ini mak meninggal, sekarang ayah pula. Tak rasa nak raya sangat sebab mak dan ayah sudah tiada,” kata Mohamad Syarul Fitri Hairol, 13.

Ibunya, Junainah Johan meninggal dunia pada 2012 akibat masalah paru-paru manakala bapanya, Hairol Ramli, dijemput Ilahi Disember tahun lalu akibat masalah buah pinggang.

Ketika ini, Mohamad Syarul Fitri dan adiknya, Mohamad Adha Hairol, 11, dipelihara nenek mereka, Rashada Fii, 56, di Paya Rumput dan ada masanya, mereka dijaga nenek sebelah bapa di Ayer Molek.

“Saya ingat, kalau sahur, ayah suka makan mi goreng. Sekarang kami makan dengan nenek,” kata Mohd Syarul Fitri yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek.

Bagaimanap­un, bagi menceriaka­n

dua beradik ini, mereka diambil sebagai anak angkat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) pada program Ramadan PERKESO Melaka di Hotel Sentral Riverview, semalam.

Turut hadir Pengarah PERKESO negeri, Fadhilah Hamil.

Rashada pula berkata, dia menanggung sepenuhnya dua cucunya dengan berniaga kecil-kecilan di warung tepi jalan.

“Nak raya kali ni, mereka nampak sangat bersedih, tidak riang seperti dahulu,” katanya.

Rashada berkata, dua beradik terbabit tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak melainkan PERKESO.

Katanya, tuntutan menerusi caruman bapa kanak-kanak terbabit tidak dapat dibuat berikutan Hairol bekerja sendiri dan pencen penakat daripada caruman Junainah hanya mula diperoleh dua beradik itu tahun ini.

“Ibu mereka meninggal dunia pada 2012, sepatutnya anak-anak dapat sejumlah pampasan, namun baru separuh dibayar, selain setiap bulan, pencen penakat diterima dua beradik ini sebanyak RM325,” katanya.

Fadhilah berkata, selain dua beradik berkenaan, 12 anak yatim piatu di negeri ini turut dijadikan anak angkat PERKESO Melaka mulai tahun ini.

Menurut beliau, kanak-kanak dan remaja berusia lima tahun hingga 19 tahun itu menerima bantuan kewangan bulanan menerusi pencen penakat ibu bapa mereka.

“Menerusi program anak angkat ini, kami akan melakukan lawatan secara berterusan kerana kita nak pastikan kebajikan mereka terbela malah kita dapat melihat sama ada berlaku pengabaian oleh penjaga mereka atau sebaliknya.

“Jika berlaku pengabaian, kita akan buat pengesyora­n pertukaran penjaga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Syarul Fitri (kanan) dan Mohamad Adha (kiri) bersama Rashada pada Program Iftar Ramadhan PERKESO, semalam.
MOHAMAD Syarul Fitri (kanan) dan Mohamad Adha (kiri) bersama Rashada pada Program Iftar Ramadhan PERKESO, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia