Harian Metro

Arissa cabar kemampuan Sarah

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Watak Nadine dalam drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda di Slot Akasia TV3 masih diingati peminat hingga hari ini.

Malah, watak antagonis itu berjaya menyerlahk­an bakat pelakon dan pengacara berdarah kacukan MelayuAmer­ika Syarikat, Sarah Hildebrand selepas enam tahun berkecimpu­ng dalam bidang lakonan.

Pemilik nama sebenar

Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 29, mengakui watak Nadine berjaya memberi impak besar kepada karier lakonannya.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur kerana banyak pihak mula buka mata terhadap bakat saya.

“Saya juga mula tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon dan mengacara ketika ini,” katanya.

Jika pelakon lain berehat, Sarah terbabit dengan penggambar­an drama bersiri Hero musim kedua selama dua minggu sepanjang Ramadan ini.

Sarah berganding­an dengan pelakon Redza Rosli selaku teraju utama dalam drama bersiri yang bakal bersiaran pada Disember nanti.

“Saya terima tawaran ini kerana watak Arissa menampilka­n sisi berbeza dalam lakonan.

“Sebelum ini saya sering ditawarkan watak sedih, orang kampung dan anak orang kaya tetapi kali ini bawa watak pegawai bomba wanita bernama Arissa,” katanya.

Sarah mengakui watak Arissa mencabar kemampuann­ya sebagai pelakon.

“Watak ini lasak hingga berat badan turun beberapa kilogram.

“Selain penggambar­an dalam cuaca terik pada Ramadan, saya juga menjayakan babak memadamkan kebakaran dan mengenakan pakaian seragam bomba yang panas dan tebal,” katanya.

Sarah mengakui bukan mudah bawa imej anggota bomba wanita dalam lakonan.

“Arissa wanita yang lemah lembut dan ayu.

“Namun, dia akan berubah menjadi tegas dan lasak sebaik berpakaian seragam bomba ketika bertugas.

“Saya sangat berharap watak Arissa akan tampilkan sisi berbeza saya selepas drama Pujaan Hati Kanda,” katanya.

Selain drama Hero musim kedua, Sarah juga terbabit dengan drama bersiri Pujaan Hati Kanda Raya yang bakal bersiaran pada malam raya nanti jam 10 malam di

TV3.

Drama bersiri

Pujaan Hati Kanda

Raya menampilka­n barisan pelakon seperti

Remy

Ishak, Mira Filzah dan Syazwan Zulkifli.

“Watak Nadine bukan lagi jahat seperti dulu. Nadine berubah menjadi baik dan dia juga sudah berkahwin dalam cerita ini,” katanya.

Sesibuk manapun dengan penggambar­an drama, Sarah tetap mencari peluang untuk berbuka puasa dengan ibunya di rumah.

“Setiap kali penggam

Berat turun beberapa kilogram bawa watak ahli bomba

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia