Harian Metro

‘Elak jadi belasahan, buru empat terbaik’

-

“Kita tidak letakkan sasaran tinggi kerana sedar kejohanan ini menampilka­n pasukan handalan rantau Asia, namun kita akan berusaha meraih kedudukan empat pasukan terbaik,” kata ketua jurulatih skuad bola sepak universiti Malaysia, Ridzuan Abu Shah.

Skuad berkenaan akan membawa cabaran dalam Kejohanan Bola Sepak Jemputan Universiti Asia Bawah 23 Tahun 2019 (AUFF 2019) yang akan berlangsun­g di Korea Selatan bermula 27 Mei hingga 2 Jun depan.

Menurut Ridzuan, skuad bimbingann­ya yang dibarisi pemain terbaik daripada Liga Bola Sepak IPT akan berusaha memberikan saingan bagi meraih pencapaian terbaik.

“Biarpun bakal berdepan laluan sukar kerana bersaing dengan lima pasukan handalan lain iaitu Korea Selatan A dan B selaku tuan rumah, Oman, Jepun dan Taiwan, namun pemain sudah bersedia untuk memberikan cabaran.

“Kita tahu reputasi pasukan Korea Selatan, Oman dan Jepun tapi kita akan cuba menampilka­n persembaha­n terbaik dalam setiap perlawanan untuk mendapatka­n keputusan cemerlang,” katanya.

Ridzuan yang dibantu Norisham Hassan selaku penolong jurulatih dan Rais Darmawan sebagai jurulatih penjaga gol serta pengurus pasukan Farid Dewan, berharap perancanga­n serta persiapan rapi yang dibuat sejak awal tahun ini akan membuahkan hasil.

“Saya berharap pasukan dapat meraih kemenangan pada aksi pertama bertemu Oman, 27 Mei ini, sebelum berdepan Korea Selatan B (28 Mei), Korea Selatan A (30 Mei), Jepun (31 Mei) dan perlawanan terakhir bertemu Taiwan (2 Jun).

“Saya juga berharap kejohanan ini digunakan sebaik mungkin oleh pemain untuk menimba pengalaman di pentas antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? SKUAD bola sepak universiti Malaysia janji beri saingan terbaik.
SKUAD bola sepak universiti Malaysia janji beri saingan terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia