Harian Metro

Buru tiga mata penting di Larkin

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Ketiadaan Baddrol Bakhtiar yang tidak dapat bersama pasukan dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, malam ini tidak akan melemahkan skuad Kedah untuk memburu kemenangan.

Pengurus Pasukan Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan berkata, walaupun skuad Lang Merah turun tanpa Baddrol yang menjalani penggantun­gan kad kuning pada perlawanan kali ini, semua rakan seperjuang­annya akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan memburu tiga mata di Larkin.

“Ini kerana sikap pemain yang sudah bertekad untuk bekerja sebagai satu pasukan dan mahu membuktika­n semangat juang mencari kemenangan seperti yang diharapkan.

“Memang ketiadaan Baddrol akan dirasai tambahan pula dalam perlawanan menentang pasukan teratas liga, namun saya percaya semua pemain lain tetap fokus dengan perancanga­n yang diterapkan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

“Bagi saya sebelum ini kita pernah menempuh perlawanan tanpa kesebelasa­n utama terbaik seperti tanpa Renan Alves, Rizal Ghazali, Shakir Hamzah dan lain-lain, namun kita dapat teruskan rentak permainan dengan baik dan memberi saingan positif,” katanya.

Al Naliq juga menepis anggapan Kedah kini lebih memberi fokus kepada saingan Piala FA berbanding Liga Super memandangk­an Kedah sudah mencapai peringkat separuh akhir pada musim ini.

“Memang kami memberi fokus dalam saingan Piala FA kerana di atas kertas kami memiliki peluang tinggi untuk ke peringkat akhir, namun kami juga tetap fokus dan berjuang berhabis-habisan untuk perlawanan liga yang mana kami perlukan mata penting untuk terus bersaing merebut tempat di kelompok atas carta liga,” katanya.

 ?? Al-Naliq Hasmi Abu Hassan ?? Memang ketiadaan Baddrol akan dirasai”
Al-Naliq Hasmi Abu Hassan Memang ketiadaan Baddrol akan dirasai”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia